Turut hadir, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP selaku Pengerusi Mastera Brunei Darussalam dan Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP selaku Timbalan Pengerusi Mastera Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, DBP selaku Setiausaha Mastera Brunei Darussalam.
Majlis seterusnya, disemarakkan dengan ucapan Yang Mulia Nayla Yuliandri dari Indonesia, mewakili 20 peserta Bengkel Pantun Mastera.
Acara kemuncak ialah Festival Pantun Nusantara yang diisikan dengan persembahan sketsa pantun dari Negara Anggota Mastera, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Projek diadakan sebagai usaha meningkatkan dan memartabatkan bahasa Melayu melalui sastera dalam kalangan belia negara serumpun; menghidupkan kembali warisan budaya (culture memories) khususnya seni berpantun; mempertahankan dan melestarikan khazanah pantun sebagai pengucapan budaya; merincikan pantun sebagai khazanah yang mempunyai nilai ilmu; mewujudkan rasa kebanggaan kepada warisan budaya pantun; dan memperlihatkan pantun sebagai manifestasi kehidupan bangsa Melayu/Nusantara.