
Terdahulu, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Hafizah binti Haji Salat, Pengetua Sekolah Rendah dan TASKA YSHHB dan diikuti dengan ucapan Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Dendang Tari Melayu Asli Kayum Oh Kayum dengan iringan muzik gulintangan oleh para pelajar Sekolah Rendah YSHHB.
Seramai lebih 1,500 pelajar Sekolah Rendah dan TASKA YSHHB menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh DBP. Salah satu pengisian kegiatan yang menarik ialah Sesi Bercerita bagi murid TASKA yang disampaikan oleh tiga orang penulis buku cerita kanak-kanak dan komik tempatan.
Pengendalian program Dudun DBP dihasrat akan dapat menyuntik semangat untuk sentiasa meningkatkan rasa kepemilikan dan kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan guru dan pelajar sekolah.