PROGRAM 60 MINIT BERSAMA AL-QURAN |
Program diserikan dengan tazkirah bertajuk “60 Minit Bersama Al-Quran” disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Kamaru Salam bin Yusof, Penolong Profesor, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Kemuncak program ialah bacaan Al-Quran, Juz 3, Surah Al-Baqarah, ayat 253 hingga Surah Ali-Imran, ayat 92 beramai-ramai selama 60 minit yang dipimpin oleh pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Program 60 Minit Bersama Al-Quran turut disertai secara maya melalui aplikasi Zoom dan laman sosial Perpustakaan DBP sebagai salah satu inistiatif untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam.
Program ini diharap dapat menambah ilmu, memberi manfaat dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama Islam khususnya pegawai, kakitangan, jemputan dan orang ramai yang mengikuti program berkenaan.
| Attachments |
|
|