Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SUMBANGAN KEDUTAAN BESAR UKRAINE

Dalam majlis tersebut, Puan Yang Terutama Kateryna Zelenko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei Darussalam (tidak menetap), menyatakan dalam ucapannya bahawa buku yang disumbangkan merupakan usaha untuk memperkenalkan para penulis Ukraine kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam. 

Terdahulu, majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Pemangku Pengarah DBP serta tayangan video mengenai kebudayaan negara Ukraine.

Sumbangan buku ini bukan sahaja memperkayakan koleksi perpustakaan tetapi juga menjadi penghubung bagi memperkenalkan warisan budaya, sejarah, serta kemajuan negara Ukraine. Dengan penambahan koleksi ini, para pembaca akan berpeluang untuk mengetahui kepelbagaian tradisi, identiti budaya yang dinamik dan seterusnya kefahaman mengenai negara Ukraine.

Attachments
Created at 11/28/2024 6:11 PM by Rafidah.mokhtar
Last modified at 11/28/2024 6:24 PM by Rafidah.mokhtar