Selain menghadiri majlis penganugerahan, penerima-penerima anugerah juga akan menghadiri beberapa acara yang telah disusun atur oleh pihak penganjur.
Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara bagi Negara Brunei Darussalam ialah:
1. Yang Mulia Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar (Pengiran Haji Shamsu Pengiran Haji Kadar), Penerima Anugerah bagi tahun 2022 dengan karya terpilih, iaitu Kumpulan Sajak Cintaku di Ufuk Timur (puisi).
2. Yang Mulia Dr. Chong Ah Fok (Chong Ah Fok), Penerima Anugerah bagi tahun 2023 dengan karya terpilih, iaitu Kumpulan Sajak Warisan Abadi (puisi).
Turut hadir ke Majlis Penganugerahan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam berserta seorang pegawai pengiring yang juga bertindak selaku Urus Setia Anugerah Penulis Asia Tenggara bagi Brunei Darussalam, iaitu Dayang Ruhana binti Radin, Pemangku Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan.