Sidang Mastera merupakan projek kerjasama kesusasteraan di peringkat rantau Mastera yang dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Mesyuarat merupakan pertemuan perwakilan Negara Anggota Mastera dan pakar Mastera setiap tahun secara bergilir di Negara Anggota Mastera, bagi membincang, menyelaras, mengemas kini dan memutuskan pelaksanaan program dan projek Mastera di negara masing-masing, sekali gus persediaan dan persiapan bagi Sidang Ke-29 Mastera, 2025 di Singapura.