Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

DBP perkenal sistem e-pembayaran


Pembayaran.png

Sumber : Pelita Brunei 

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Julai. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melangkah setapak lagi ke hadapan menyelusuri sejajar dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 ketika ini yang berlumba untuk menyokong inisiatif digital dalam dunia tanpa sempadan.

 


Sehubungan itu, baru-baru ini DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menaik taraf salah satu perkhidmatannya, iaitu pembayaran pelbagai perkhidmatan dan pemasaran buku dari sistem konvensional kepada sistem e-pembayaran mulai 1 Julai 2020.

 


Proses penaiktarafan ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga Bank Islam Brunei Berhad (BIBD).

 


Penaiktarafan kepada sistem perkhidmatan pembayaran melalui mekanisme e-pembayaran ini dinilai tepat pada waktunya dengan mengambil kira situasi semasa, iaitu ekosistem digital yang berkembang pesat, dan rintangan pelanggan berurusan ketika pandemik yang menekankan norma baharu tentang kepentingan penjarakan sosial dan ruang kapasiti yang terhad dalam satu-satu masa.

 


Mekanisme e-pembayaran pelbagai perkhidmatan dan pemasaran disediakan dalam tiga pilihan, iaitu Perbankan Digital (digital banking); QuickPay; dan Swipe Card.

 


Dengan adanya perkhidmatan tersebut, pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini kini berpeluang untuk membuat pembayaran terus dengan memilih salah satu alternatif pembayaran yang disediakan.

 


Mekanisme e-pembayaran pelbagai perkhidmatan ini disediakan kepada pelanggan merujuk kepada bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh DBP berdasarkan kod dan jenis perkhidmatan berikut : 01 - Jualan Buku; 02 - Jualan dokumen tender / tawaran; 03 - Jualan bermacam-macam yang tidak teratur; 04 - Tulisan Jawi & Pengesahan; 05 - Penterjemahan & Penyemakan; 06 - Penerbitan; 07 - Pendaftaran dan kad ahli; 08 - Denda buku-buku yang lambat dikembalikan; 09 - Denda untuk membaharui kad ahli yang hilang / rosak; 10 - Sewa bangunan (kantin); 11 - Sewa ruang bangunan perpustakaan; 12 - Sewa reruai (booth) pesta buku; dan 13 - Perkhidmatan bermacam-macam yang tidak teratur.

 


Komitmen melaksanakan e-pembayaran ini bertujuan untuk menaik taraf perkhidmatan dan pemasaran jabatan tersebut sebagai pemudah cara kepada orang ramai berurusan juga mendukung inisiatif ekosistem digital dunia tanpa tunai.

 


Pelanggan yang ingin membuat pembayaran perkhidmatan di atas melalui perbankan digital BIBD perlu terlebih dahulu 'log in' di Laman Sesawang BIBD dengan menekan menu pembayaran. Pilihan institusi dan agensi tempat membayar akan dipaparkan. Pelanggan hanya perlu menekan Dewan Bahasa dan Pustaka, diikuti paparan tetingkap 'reference' untuk diisi.

 


Bagi mekanisme e-pembayaran menggunakan BIBD QuickPay dan BIBD Swipe Card, sama ada untuk membuat pembayaran perkhidmatan atau membeli buku, para pelanggan perlu datang terus ke DBP, Berakas untuk membuat urusan mengenainya.

 


Untuk pembelian buku, majalah atau jurnal yang menggunakan BIBD QuickPay, pelanggan perlu ke Kedai Buku DBP untuk memilih buku yang dibeli, mendapatkan jumlah belian, diikuti dengan imbasan Kod QR menggunakan aplikasi Mobile BIBD, seterusnya mengisikan jumlah belian dan menekan 'ok' untuk pembelian. Pembayaran pelbagai perkhidmatan juga boleh menggunakan BIBD QuickPay melalui imbasan Kod QR.

 


Manakala mekanisme e-pembayaran menggunakan BIBD Swipe Card, sama ada kad kredit atau debit, sama seperti proses belian biasa yang dilakukan oleh pelanggan di mana-mana sektor peruncitan.

 


Bagi sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan e-pembayaran pelbagai perkhidmatan dan pemasaran DBP, orang ramai boleh menghubungi DBP mengikut urusan yang diperlukan biskita seperti berikut :

 


Bagi Pembelian Buku, boleh menge-mel terus ke 'penerbitan@dbp.gov.bn' atau hubungi talian +673 2382511 sambungan 190 / 200.

 


Kedai Buku DBP beroperasi setiap hari bekerja, Isnin hingga Khamis; dan Sabtu, dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi; dan 2.00 petang hingga 3.00 petang. Tutup pada Jumaat, Ahad dan Hari-hari Kelepasan Awam.

 


Orang ramai juga boleh mengikuti Instagram Kedai Buku DBP di : '@kedaibukudbp'.

 


Bagi Perkhidmatan Tulisan Jawi dan Pengesahan, bolehlah die-mel ke 'unit.jawidbp@dbp.gov.bn' atau hubungi talian +673 2382511 sambungan 116 / 126 / 127.

 


Bagi Perkhidmatan Penterjemahan dan Penyemakan, boleh e-mel ke 'unit.penterjemahandbp@dbp.gov.bn' atau hubungi talian +673 2382511 sambungan 130 / 131 / 133 / 134.

 


Untuk Pendaftaran dan Kad Ahli Perpustakaan, boleh e-mel terus ke 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn' atau hubungi talian +673 2235501 atau Hotline +673 8266880.

 


Orang ramai boleh mengakses ke laman sesawang di 'https://www.librarybrunei.gov.bn/library' atau Laman Sosial Perpustakaan DBP melalui Facebook : '@dbplibrarybsb' atau Instagram : '@dbplibrarybsb'.

 


Sebarang pertanyaan pelanggan dan maklumat lanjut, hubungi DBP menerusi talian +673 2382511 atau hotline +673 7293570 atau melayari laman sesawang Portal : 'http://www.dbp.gov.bn' atau ikuti Instagram : '@dbpbrunei'.


Attachments
Created at 7/18/2020 11:36 AM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin
Last modified at 7/18/2020 11:36 AM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin