Siaran Akhbar dan Foto : Dewan Bahasa dan Pustaka
- Hasil dari Bengkel Penulisan Cerita Folklor Ke-III akan didokumentasikan dan diterbitkan dalam bentuk buku oleh DBP.
-
DBP juga bekerjasama dengan RTB untuk menjadikan cerita-cerita folklor
para peserta sebagai projek animasi yang setentunya akan mampu menjadi
nilai tambah pendidikan kepada masyarakat, terutama dalam kalangan
kanak-kanak.
- Dalam
jangka masa panjang, pencapaian bengkel tersebut nanti akan diusulkan
untuk disenaraikan di bawah United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO) sebagai langkah usaha untuk melestarikan
dan mempromosikan warisan budaya milik Negara Brunei Darussalam.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Julai. - Majlis
Pembukaan Bengkel Penulisan Cerita Folklor Ke-III anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian
(BKK), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Radio
Televisyen Brunei (RTB) sempena Bulan Bahasa 2021 berlangsung pagi tadi
di Dewan Digadong, KKBS.
Hadir selaku tetamu khas dan seterusnya merasmikan bengkel tersebut, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.
Bengkel
tersebut merupakan kesinambungan dari bengkel sebelumnya dan kini
memasuki fasa ketiga, yang bermakna bahawa satu lagi pencapaian jabatan
berkenaan dalam upayanya melahirkan generasi pelapis yang mampu
menguasai kemahiran penulisan cerita folklor.
Bengkel
kali ini mengetengahkan dan memfokuskan pembelajaran Doku-Drama di
bawah bimbingan Pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Maslin
bin Jukim / Jukin.
Hasil dari bengkel ini nanti akan didokumentasikan dan diterbitkan dalam bentuk buku oleh DBP.
DBP
juga bekerjasama dengan RTB untuk menjadikan cerita-cerita folklor para
peserta sebagai projek animasi yang setentunya akan mampu menjadi nilai
tambah pendidikan kepada masyarakat, terutama dalam kalangan
kanak-kanak.
Dalam
jangka masa panjang, pencapaian bengkel tersebut nanti akan diusulkan
untuk disenaraikan di bawah United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO) sebagai langkah usaha untuk melestarikan
dan mempromosikan warisan budaya milik Negara Brunei Darussalam.
Antara
objektif bengkel adalah untuk mendedahkan kepada para penulis, pelajar
dan juga penyelidik tentang cara untuk mendapatkan bahan dan cara
penulisan folklor, termasuklah pengenalan ciri-ciri folklor, pencarian
data primer dan sekunder serta kerja-kerja lapangan; mengidentifikasikan
cerita-cerita rakyat yang dapat diketengahkan agar dapat
didokumentasikan dan diketengahkan kepada masyarakat umum agar khazanah
budaya warisan yang lama tercicir dapat dimanfaatkan oleh generasi akan
datang; dan mempelajari cara mengembangkan cerita kepada drama pendek,
iaitu Doku-Drama yang akan difilemkan oleh RTB dan dalam bentuk buku
yang akan diterbitkan oleh DBP.
Seramai
40 orang peserta bengkel yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
dari BKK, KKBS, RTB, DBP, Pusat Sejarah Brunei, mahasiswa UBD dan
peserta persendirian.
Bengkel
Penulisan Cerita Folklor Ke-III diadakan selama lima hari, iaitu
bermula dari Sabtu, 10 Julai 2021; Isnin hingga Rabu, 12 hingga 14 Julai
2021; dan Sabtu, 17 Julai 2021.
Pengisian
bengkel disusun dengan pelbagai tugasan dan sesi praktikal, antaranya
Tayangan Doku-Drama; Diskusi Segmen Tayangan Doku-Drama; Identifikasi
Bahan Untuk Diadaptasi Ke Genre Lain; Menemu Bual Informan atau
Simulasi; Sinopsis dan Aspek Naratif; Plot Memilih Adegan dalam Skrip;
Menulis Skrip Doku-Drama; dan Melakonkan skrip.
Majlis
Penutupan Bengkel akan diadakan pada Sabtu, 17 Julai 2021 sesi petang
dengan penyampaian sijil kepada para peserta bengkel.
Dipetik daripada Pelita Brunei