Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Berkongsi Ilmu Hasilkan Karya Bermutu

Oleh : Aimi Sani / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mac. - Bagi memberi pendedahan dan memberi fokus bimbingan agar dapat melahirkan seorang penulis yang berpotensi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Bengkel Penulisan Novelet bertempat di Dewan Patih Berbai, DBP, Berakas, di sini.

Bengkel diharap akan dapat memenuhi hasrat jabatan dalam menerbitkan karya kreatif dalam pelbagai genre yang berkualiti, berdaya saing dan memiliki prospek kebolehpasaran.

Bengkel selama tiga hari bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2021 itu akan membimbing peserta menghasilkan karya di mana melalui hasil bimbingan tersebut, sekurang-kurangnya karya-karya peserta diterbitkan dalam sebuah buku Antologi Novelet iaitu gabungan peserta bengkel. Bengkel Penulisan Novelet itu dibimbing oleh Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesion dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, institusi-institusi tinggi, maktab-maktab dan orang perseorangan khususnya penggiat sastera tanah air.

Dalam usaha DBP mengangkat martabat persuratan Melayu, bengkel ini sudah setentunya salah satu medium untuk menyebarkan maklumat dan ilmu selain memberi impak terhadap peserta untuk berkarya dan secara tidak langsung menghasilkan karya untuk dijadikan kajian budaya terhadap karya sastera.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 4/6/2021 3:59 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 4/6/2021 3:59 PM by Nisbah Binti Hj Merusin