Dasar-Dasar
- Dasar Belia Negara
- Dasar Sukan Negara
- Dasar Kebudayaan Negara
Dasar Belia Negara
Latar Belakang dan Tujuan
Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang sangat muda, kira-kira lebih separuh daripadanya berumur di bawah 25 tahun. Mereka yang berumur di antara 15 hingga 24 tahun merupakan jumlah terbesar daripada penduduk keseluruhannya. Manakala pelaburan dalam perkembangan belia adalah sangat penting di manamana negara pun kerana masa depan negara terletak pada mereka, perkara tersebut adalah lebih penting lagi di Negara Brunei Darussalam. Malah belia di Negara Brunei Darussalam adalah aset negara yang paling berharga. [ Maklumat lanjut ]
[ atas ]
Dasar Sukan Negara
Latar Belakang dan Tujuan
Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun lima puluhan. (Persatuan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956). (3) Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya. [ Maklumat lanjut ]
[ atas ]
Dasar Kebudayaan Negara
Latar Belakang dan Tujuan
Budaya diertikan secara umum sebagai keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat yang dapat mencerminkan keperibadian bangsa.
Ditinjau dari sudut sejarah dan antropologi, Brunei Darussalam baik sebagai satu bangsa mahupun sebuah negara, mempunyai bukti-bukti nyata tentang wujudnya KEBUDAYAAN MELAYU BRUNEI bertapak kukuh di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam, kehidupan beragama dan berbahasa Melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini dan masih tetap kuat bertahan.
Di sepanjang laluan sejarah kewujudan bangsa dan negara, Brunei Darussalam telah banyak mengalami pasang surut, pahit manis dan kegemilangan yang mewarnai Kebudayaan Melayu Brunei. Kebudayaan Melayu Brunei inilah yang dapat mengekalkan bangsa dan Negara Brunei Darussalam hingga ke hari ini.
[ Maklumat lanjut ]
[ atas ]
Dasar-Dasar
- Dasar Belia Negara
- Dasar Sukan Negara
- Dasar Kebudayaan Negara
|