Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan DBP

 

KOLEKSI

Manuskrip lama dan diangdangan...

 

GALERI FOTO

Gambar aktiviti-aktiviti

 


MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU BRUNEI 2024

IMG_0168.JPG

Sabtu, 29 Rabiulakhir 1446 | 2 November 2024


Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat menjayakan budaya ilmu dan membaca,  serta membina apresiasi terhadap karya seni dan penulisan buku, Dewan Bahasa dan Pustaka secara konsisten menganjurkan Pesta Buku Brunei setiap tahun. Pada tahun 2024, Pesta Buku Brunei diadakan selama 10 hari mulai 2 hingga 11 November 2024 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2024 berlangsung pada Sabtu, 2 November 2024.


Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya merasmikan Pesta Buku Brunei 2024 ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Khas.

11/23/2024 8:00 AM -----------------------------
Aktiviti Perpustakaan SempenaHari Kanak-Kanak Sedunia
11/23/2024 8:30 AM -----------------------------
Dudun DBP
11/23/2024 9:00 AM -----------------------------
Pemeriksaan Kesihatan dan Konsultasi
11/26/2024 8:00 AM -----------------------------
Majlis Perasmian Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-8 (PSB VIII), 2024

DBP SERTAI PERJALANAN KEBUDAYAAN DI SEKOLAH MENENGAH LAMBAK KIRI

d4c58102-3f4a-4f11-bea4-d26049269360.jpeg

​Rabu, 18 Jamadilawal 1446 | 20 November 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka menyertai Perjalanan Kebudayaan anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Kegiatan yang dikendalikan oleh DBP ialah Teka huruf magis dan padanan peribahasa bahasa Inggeris - bahasa Melayu dan Junjung Dialek​. Seramai 250 orang pelajar menyertai program berkenaan.

DBP SERTAI PERJALANAN KEBUDAYAAN DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SHARIF ALI

2b863046-30ef-489c-b452-023c75f754ac.jpeg

​Selasa, 17 Jamadilawal 1446 | 19 November 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka menyertai Perjalanan Kebudayaan anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.

Kegiatan yang dikendalikan oleh DBP ialah Rambang Kata, Memadankan Pantun dan Lukis dan Teka Peribahasa. Seramai 200 orang pelajar menyertai program berkenaan.

LAWATAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH BERASRAMA PENUH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EBD9CBD5-87AE-4518-8B76-9A7AAE604922.jpeg

Isnin, 16 Jamadilawal 1446 | 18 November 2024


Dewan Bahasa dan Pustaka menerima lawatan daripada enam orang guru dan 64 orang pelajar Program Pengantarabangsaan Pemimpin Muda Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Tuan Haji Ahmad Saipuddin bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan program berkenaan.

DBP SERTAI PERJALANAN KEBUDAYAAN DI SEKOLAH MENENGAH PAP HAJAH MASNA, SUNGAI AKAR

63150ec0-2f88-4457-a581-e507503ad178.jpeg

​Isnin, 16 Jamadilawal 1446 | 18 November 2024

Dewan Bahasa dan Pustaka menyertai Perjalanan Kebudayaan anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampung Sungai Akar.

Kegiatan yang dikendalikan oleh DBP ialah Pantun Monopoli, Mari Mengenal Kuih Tradisi, Susun dan Padan Permainan Tradisi, Inda Mengilala Indatah Mengalinga, Permainan 3C, Susun dan Bina Pantun dan Cantum-cantuman. Seramai 500 orang pelajar menyertai program berkenaan.

Buku Terbaharu Terbitan DBP Oktober 2024 - 1.png

Dapatkan di KEDAI BUKU DBP, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas semasa waktu pejabat. Pelanggan juga boleh menempah buku ​melalui WhatsApp di talian 7293570.