Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KELAS MUZIK PERINGKAT ASAS [PENGAMBILAN KEDUA TAHUN 2022]

Kelas Muzik.jpg

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan mengenai bidang muzik kepada mereka yang belum pernah mengikuti sebarang Kelas Muzik dan berminat untuk mempelajarinya. Bagi permohonan yang belum menjadi ahli, secara automatik akan didaftarkan menjadi ahli perpustakaan secara percuma bagi warga Negara Brunei Darussalam. Kelas Muzik Peringkat Asas bagi pengambilan kedua akan diadakan pada setiap hari Ahad mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh kakitangan Bahagian Perpustakaan. Orang ramai yang ingin mendaftar untuk menyertai Kelas Muzik bolehlah mengimbas kod QR yang tertera atau melayari pautan: https://forms.gle/BZK6oe2NVrCteqXY7Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi talian penting Perpustakaan melalui WhatsApp +673 8266880 atau 2235501 sambungan 504 (semasa waktu bekerja).

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei melalui Bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Kelas Muzik Peringkat Asas bagi pengambilan kedua tahun 2022Terbuka kepada ahli perpustakaan yang berumur 6 hingga 20 tahunTarikh tutup pendaftaran pada 15 Januari 2022, pukul 4.30 petang.

Attachments
Created at 1/4/2022 3:36 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar
Last modified at 1/4/2022 3:57 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar