Antologi Puisi Kapal Kertas merupakan salah sebuah buku yang dilancarkan semasa Majlis Perasmian Program Penulis Muda 2020. Untuk tahun ini, diadakan E-Pantaran Sastera 2020 dengan mengundang Sham Hidie, seorang penulis muda untuk menyoroti dan membedah antologi tersebut.
Apakah perspektif dan pandangannya terhadap sajak-sajak dalam antologi tersebut. Buah fikir dan pandangannya boleh kita saksikan melalui siaran langsung Instagram DBPBrunei dan Facebook Bahagian Sastera dan Majalah. Biskita boleh saksikan perbincangan ini pada hari Sabtu, 16 Mei 2020 pukul 10.00 pagi. Jangan lepaskan peluang mengikutinya.
#e-pantaransastera#bedahkarya#kapalkertas#shamhidie