Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Peserta Bengkel Terima Sijil

Siaran Akhbar dan Foto : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengadakan Majlis Penutup Bengkel Bahasa Melayu Peringkat Eksekutif bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan Di Bawahnya.

Majlis berlangsung di Kompleks Sukan Jerudong.

Penyampaian sijil dan cenderamata kepada para peserta bengkel disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

Antara yang hadir, Setiausaha Tetap, KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; dan Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 10/27/2020 9:01 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 10/27/2020 9:01 AM by Nisbah Binti Hj Merusin