Oleh :
Noraisah Haji Muhammed / Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kampung Pandan, Kuala Belait
BELAIT,
Khamis, 15 Oktober. - Program Kenali Warisan bertujuan untuk
menarik minat para belia mengikuti dan mengetahui warisan negara.
Program
yang diadakan baru-baru ini tersebut diusahakan oleh Perpustakaan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Kampung Pandan, Kuala Belait dengan kerjasama
dengan Jabatan Muzium-Muzium.
Program yang diusahakan bagi melestarikan
permainan tradisional yang kian terhakis oleh perkembangan permainan
globalisasi siber yang canggih.
Antara tujuan utama program tersebut
diadakan untuk mempromosikan warisan dan gaya hidup di Negara Brunei
Darussalam yang terkenal dengan flora dan fauna.
Antara
aktiviti menarik yang disediakan seperti permainan Pasang, Congkak,
Buah Lapas-Lapas, Salok-Salokan, Simban, Tempurong Laki, Kayu Tiga, dan
Lumpat Gatah yang menjadi permainan tradisional yang diwarisi sejak
dahulu dan khazanah turun-temurun orang Brunei.
Turut diadakan
persembahan seni silat dari Kumpulan Silat Bintisan Silat Raja Wali,
persembahan Pertubuhan Silat Gagak Hitam Kuala Belait dan persembahan
gulintangan dan juga nyanyian lagu-lagu asli Brunei.
Program
berkenaan diharap membantu generasi muda mendalami permainan tradisi
tersebut dan tahu akan asal usul mereka bahawa Negara Brunei Darussalam
juga memiliki permainan tradisi yang wajar dikuasai dan dipertahankan.
Program
tersebut dibukakan untuk kunjungan orang ramai.
Dipetik daripada Pelita Brunei