Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Peluang Sumbang Karya Syair

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 September. - Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Sastera dan Majalah kini membukakan penyertaan bagi Peraduan Karang Syair Sejarah yang mengambil tema sempena Penubuhan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dengan mengikut syarat penulisan syair.

Peraduan ini terbuka kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berumur 18 tahun ke atas. Syair yang dihantar hendaklah sesuai untuk bacaan masyarakat tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kepercayaan atau agama dengan panjang syair lima belas rangkap, rima a/a/a/a/.

Selain itu, syair hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan menggunakan Sistem Ejaan Rumi; mesti asli, bukan terjemahan, adaptasi, saduran (penyesuaian) atau apa-apa yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.

Pemenang peraduan akan dihubungi melalui telefon atau surat dan syair yang terpilih akan disiarkan dalam Instagram rasmi DBP dan majalah Bahana. Tarikh akhir menghantar penyertaan pada Isnin, 26 Oktober 2020 melalui e-mel ke alamat 'editor.bahana@dbp.gov.bn'.

Bagi pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian +673 2382511 sambungan 138 dan bagi mengikuti perkembangan terkini boleh melayari Laman Sesawang DBP : 'www.dbp.gov.bn' atau ikuti laman media sosial Instagram '@dbpbrunei'.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 10/1/2020 2:47 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 10/1/2020 2:47 PM by Nisbah Binti Hj Merusin