BANDAR
SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. - Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) akan menganjurkan Tulis Fiksi Mini yang akan dibukakan kepada
orang ramai yang berumur 40 tahun ke bawah. Orang ramai bebas memilih
tema yang bersesuaian untuk dibaca oleh masyarakat tanpa menyentuh
sensitiviti mana-mana pihak, kepercayaan atau agama, sosial budaya dan
politik.
Peserta perlu membuat karya asli dan bukannya terjemahan,
saduran, penyesuaian ataupun apa sahaja yang menyebabkannya bukan karya
asli. Ia perlu ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan menggunakan
sistem ejaan rumi yang digunakan pada masa ini. Ditaip jarak langkau
dua baris dengan menggunakan Times New Roman dengan poin 12 dan jumlah
tidak melebihi 1,000 patah perkataan.
Karya yang akan dihasilkan belum pernah
diterbitkan, sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya, serta belum pernah
terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan. Fiksi Mini yang
terpilih akan disiarkan dalam Instagram rasmi DBP dan Majalah Bahana.
Pihak
penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan atau
tuntutan undang-undang (hak cipta milik intelek) terhadap Fiksi Mini
yang dihantar daripada orang persendirian mahupun pihak guaman dari
dalam atau luar negeri sebelum atau setelah manuskrip diperadukan
dicetak.
Keputusan hakim adalah muktamad. Fiksi Mini yang dihantar
hendaklah disertakan dan dilengkapi dengan maklumat peribadi, iaitu nama
penuh, nama pena, (jika ada) nombor kad pengenalan pintar, tarikh
lahir, nombor telefon, alamat persuratan, e-mel, akaun Instagram dan
Facebook.
Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat e-mel
'editor.bahana@dbp.gov.bn' tidak lewat Isnin, 26 Oktober 2020.
Dipetik daripada Pelita Brunei