Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

PELBAGAI AKTIVITI MERIAHKAN RIADAH AMAL HPA

DSC_6234.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Disember 2017 - Riadah Amal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24 Tahun 2017 telah sempurna diadakan dalam cuaca mendung dan hujan  di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Riadah anjuran bersama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Jabatan Belia dan Sukan itu  dimulakan sekitar jam 6.15 pagi dengan sesi pemanasan badan.

Antara yang hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mohd. Isham bin Jaafar.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut melepaskan Aktiviti Berbasikal Sejauh 10 Kilometer yang turut disertai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya melepaskan Aktiviti Berjalan (Walkaton) Sejauh 4Km.

Riadah Amal turut dimeriahkan  dengan pelbagai aktiviti termasuk mewarna yang dibukakan kepada kanak-kanak di samping beberapa kotak-kotak derma amal bagi para pengunjung menghulurkan derma.

Acara Larian dan Berbasikal bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Turut hadir, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Haji Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan warga Perkhidmatan Awam. 

Attachments
Created at 12/18/2017 4:21 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 12/18/2017 4:21 PM by Lee Chin Foo