Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

34 Peserta Bengkel Pantun Melayu Brunei Terima Sijil

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Julai. - Seramai 34 peserta yang mengikuti Bengkel Pantun Melayu Brunei menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup, yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

Hadir menyempurnakan penyampaian sijil-sijil tersebut, Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, Dayang Haireni binti Haji Awang Damit.

DBP melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan mengungkayahkan Pantun Sebagai Khazanah Bangsa : Bengkel Pantun Melayu Brunei sebagai salah satu pengisian bagi menggemakan lagi kegiatan Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei bersempena Sambutan Bulan Bahasa 2022.

Bengkel yang merupakan kegiatan pemula bagi festival sebagai usaha pendedahan dalam seni berpantun ini disertai daripada kalangan belia dan para pelajar serta mahasiswa institusi pengajian tinggi.

Hasil daripada bengkel ini, pembimbing bengkel akan mengenal pasti empat kumpulan yang layak untuk diserap menjadi peserta Pantun Sebagai Khazanah Bangsa : Sayembara Berbalas Pantun, yang akan diadakan pada Selasa, 9 Ogos 2022 nanti.

Bengkel yang mencakupi pengenalan, perbincangan dan latihan lapangan itu difasilitatorkan oleh Elit Budaya, Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid.

Antara pengisiannya, termasuklah pengenalan pantun Melayu (empat kerat); teknik mencipta pantun / berbalas pantun; bimbingan pantun; sesi menghalusi pantun; dan bincang-bincang pantun.

Dipetik daripada Pelita Brunei​

Attachments
Created at 7/23/2022 3:17 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/23/2022 3:17 PM by Nisbah Binti Hj Merusin