Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

DBP Seria Kendali Aktiviti Bulan Bahasa

DBP Seria kendali aktiviti Bulan Bahasa 2.PNG

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

SERIA, Selasa, 27 Julai. - Sempena Bulan Bahasa yang diadakan sepanjang bulan Julai ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Seria turut mengadakan aktiviti Bulan Bahasa selama tiga hari, bermula 26 hingga 28 Julai 2021.

Aktiviti bertujuan bagi mendedahkan orang ramai mengenai bahasa yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Bulan Bahasa kali ini dibahagikan kepada empat bahasa, iaitu Melayu, Dusun, Brunei dan Kedayan.

Dengan adanya aktiviti seumpama itu, ia dihasrat akan dapat membantu, terutama anak-anak muda untuk mengenali bahasa-bahasa yang ada.

Ia dibukakan bagi semua kategori, iaitu kanak-kanak, muda-mudi dan dewasa, khusus bagi orang ramai yang berminat untuk menyertai juga mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Aktiviti yang diungkayahkan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, terutama kunjungan dari sekolah-sekolah, di mana ia akan diadakan setiap tahun semasa Bulan Bahasa.

Melalui aktiviti Bulan Bahasa ini, ia akan dapat membantu golongan muda dalam mengenali bahasa kitani.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 7/28/2021 2:30 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/28/2021 2:30 PM by Nisbah Binti Hj Merusin