Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Melahirkan Penulis 'Versatile'

Melahirkan penulis 'versatile' 1.PNG

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin

BERAKAS, Isnin, 26 Julai. - Bengkel Adaptasi Novel ke Skrip Drama Pentas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perancangan Buku memicu para peserta dalam memahami novel dan memudah cara penulisan skrip drama pentas melalui novel-novel terbitan DBP.

Berucap semasa bengkel berkenaan, Ketua Bahagian Perancangan Buku DBP selaku Pengerusi Bengkel, Pengiran Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus, yang juga antara lain berharap agar bengkel itu dapat melahirkan penulis yang ‘versatile’ dan berani menceburi bidang baharu, selain menyuntik semangat para peserta untuk berkarya.

Menurutnya, bengkel adaptasi novel itu memfokuskan kepada sebuah novel karya Yura Halim berjudul ‘Mahkota Yang Berdarah’ yang berlatarbelakangkan sejarah kebruneian, kesultanan dan kebudayaan.

Melahirkan penulis 'versatile' 2.PNG

Lebih 30 orang peserta mengikuti bengkel tersebut yang diadakan selama empat hari, bermula 26 hingga 29 Julai 2021, bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Bengkel dikendalikan oleh Dayang Ena Herni binti Wasli dan Awang Haji Mohd. Sapami bin Abdullah yang berpengalaman dalam mengendalikan bengkel dan penulisan skrip drama.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membimbing dan melatih penulis baharu serta menggalakkan penulis berkecimpung dalam pelbagai genre. 

Selain itu, bengkel bertujuan memberi kefahaman mengenai Peraduan Adaptasi Novel Ke Skrip Drama Pentas dan menjadi penanda aras (benchmark) kepada peraduan yang akan diadakan.

Bengkel berkenaan merupakan salah satu kaedah untuk mendekatkan karya sastera tanah air, sekali gus mengembangkan sastera ke peringkat yang lebih tinggi, di samping sebagai medium untuk menyebarkan maklumat dan ilmu.

DBP melihat ilmu kesenian dan kebudayaan sebagai satu keperluan dan kepentingan dalam pembelajaran.

Melahirkan penulis 'versatile' 4.PNG

Ke arah itu, DBP melangkah ke hadapan dengan mempelbagaikan produk sebagai bahan lokal untuk melestarikan warisan dan budaya Brunei.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 7/28/2021 11:16 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/28/2021 11:16 AM by Nisbah Binti Hj Merusin