Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

DBP Seria Agih 150 Bubur Percuma

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

SERIA, Khamis, 22 Julai. - Sebanyak 150 pek bubur diagih-agihkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Seria kepada orang ramai. Ia diungkayahkan bersempena dengan Hari Raya Aidiladha.

Bubur-bubur tersebut disediakan sendiri dan dimasak oleh kakitangan Perpustakaan DBP, Seria bermula di sebelah pagi sebelum pengagihan dimulakan.

Pada kesempatan tersebut, Pelita Brunei turut menemu bual Pembantu Perpustakaan Tingkat I, Adylah bin Khalid, yang melahirkan rasa syukur, di mana pengagihan bubur percuma tersebut menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai, bukan sahaja dari Daerah Belait, malahan dari luar daerah dan ini merupakan satu perkara yang amat menggembirakan, terutama pihak perpustakaan.

Sambutan yang menggalakkan itu memberikan lembaran baharu kepada perpustakaan bagi meneruskan projek amal seumpamanya di masa akan datang.

Projek tersebut juga akan dilanjutkan ke cawangan-cawangan Perpustakaan DBP yang lain.

Manakala sebahagian bubur yang lain turut diagihkan ke Masjid Ar-Rahim Kampung Bukit Panggal, Tutong.

Agihan itu merupakan salah satu initiatif bagi perpustakaan sebagai tanda berterima kasih kepada orang ramai.

Dengan adanya projek amal seperti itu dihasrat akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan perpustakaan dengan orang ramai.

Pendekatan yang diusahakan oleh Perpustakaan DBP membuktikan, ia bukan sahaja 'Gedung Ilmu', tetapi memainkan peranan sebagai hak komuniti untuk orang ramai.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 7/28/2021 10:50 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/28/2021 10:50 AM by Nisbah Binti Hj Merusin