Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Ceria Raya Aidiladha Bersama DBP Kampung Pandan

Ceria Raya Aidiladha bersama DBP Kampung Pandan 2.PNG

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Khamis, 22 Julai - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, Kuala Belait menganjurkan Ceria Raya Aidiladha.

Lebih daripada 120 orang menghadiri acara berkenaan, terdiri daripada kakitangan dan anggota Pusat Bahagia Eric GOH, anggota Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kuala Belait, Persatuan Kebajikan Perempuan Daerah Belait, Pusat Kegiatan Warga Emas Kuala Belait dan Kumpulan Pencinta Al-Quran.

Acara dianjurkan bertujuan sebagai satu projek Amal Perpustakaan DBP Kampung Pandan dalam mengeratkan lagi silaturahim bersama Persatuan-persatuan dan anak-anak yang Berkeperluan Khas.

Manakala acara Kuiz Bahasa Brunei, Misi Pencarian Ketupat, dan Cabutan Nama Bertuah diadakan untuk memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kalangan mereka juga kakitangan DBP Kampung Pandan.

Ceria Raya Aidiladha yang dianjurkan dihasrat akan dapat memberikan impak besar pada hubungan 'mahabbah' dan kesihatan minda dengan keceriaan juga kegembiraan.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 7/28/2021 10:45 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 7/28/2021 10:45 AM by Nisbah Binti Hj Merusin