Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Memperkasa Penggunaan Bahasa Melayu

Memperkasa penggunaan bahasa Melayu 1.PNG

Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hamzah Mohidin


- Bengkel Bahasa Melayu yang diungkayahkan oleh DBP melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa sempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2021 itu berlangsung selama sehari.

- Pengisian bengkel tersebut memfokuskan kepada sistem bahasa Melayu yang meliputi sistem ejaan, penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata sendi, penggunaan tanda baca, sistem penyerapan kata, sistem sebutan dan asas tatabahasa, seperti ayat dasar bahasa Melayu.

- Objektif bengkel adalah untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pustakawan, di samping membetulkan persepsi lama yang menjadi kebiasaan sehingga menyebabkan kesalahan ejaan dan juga tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan peserta.


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Jun. - Seramai 20 orang pustakawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengikuti Bengkel Bahasa Melayu yang diungkayahkan oleh DBP melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa sempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2021.


Bengkel selama sehari itu khusus bagi pegawai dan kakitangan perpustakaan DBP tersebut dan diadakan di Dewan Kuliah, Perpustakaan Pusat, di ibu negara.


Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dan jam 2.00 hingga 4.00 petang itu dibimbing oleh Pegawai Bahasa di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP, Dayang Hajah Norati binti Bakar.


Bengkel sehari ini merupakan salah satu kegiatan DBP yang diadakan pada bulan Jun 2021 bagi mendukung Brunei MYCE 2021 anjuran Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) yang memfokuskan kepada acara-acara persidangan, pameran dan ekspo serta beberapa kegiatan sampingan yang melibatkan pembentangan dan audiens tempatan.


Pengisian bengkel tersebut memfokuskan kepada sistem bahasa Melayu yang meliputi sistem ejaan, penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata sendi, penggunaan tanda baca, sistem penyerapan kata, sistem sebutan dan asas tatabahasa, seperti ayat dasar bahasa Melayu.


Di samping itu, bengkel berkenaan juga mendedahkan tentang kesalahan-kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang awam.


Objektif bengkel adalah untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pustakawan, di samping membetulkan persepsi lama yang menjadi kebiasaan sehingga menyebabkan kesalahan ejaan dan juga tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan peserta.


Selain Bengkel Bahasa Melayu, DBP juga akan mengendalikan Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PSB) sempena Brunei MYCE 2021 pada Isnin, 7 Jun 2021, bertempat di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di ibu negara.


Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 6/7/2021 10:13 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 6/7/2021 10:13 AM by Nisbah Binti Hj Merusin