Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pendaftaran Bengkel Seni Khat, Sistem Ejaan Jawi Masih Dibukakan

Oleh : Aimi Sani / Infografik : Ihsan Instagram '@dbpbrunei'

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Jun. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB) akan menganjurkan Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi pada Isnin, 7 Jun 2021, bertempat di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di ibu negara.

Bengkel yang dianjurkan bersempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2021 itu dibukakan penyertaannya kepada orang ramai, iaitu terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Selain itu, peserta disarankan untuk membawa alat tulis sendiri.

Bengkel yang akan dibimbing oleh Awang Raieham bin Mohd. Salleh dan Awang Alomsa Noradzmin bin Haji Alli Omar itu nanti akan diisikan dengan pengenalan khat Jawi; teknik menulis khat Jawi naskhah; dan kaedah asas sistem ejaan Jawi.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu, 5 Jun 2021. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi PSB melalui talian +673 2240166 sambungan 256/349 atau DBP melalui talian +673 2382511 sambungan 212/127.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 6/5/2021 2:23 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 6/5/2021 2:23 PM by Nisbah Binti Hj Merusin