Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Bengkel Kritikan Sastera 2021 - 7, 8, 10 April

Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 April. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bengkel Kritikan Sastera 2021 selama tiga hari, bermula pada 7, 8 dan 10 April 2021, bertempat di Dewan Patih Barbai, Tingkat 1, DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas

Bengkel ini dibukakan kepada penulis muda, berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Sementara pembimbing bengkel, Penulis, Pengkaji dan Peneliti Sastera, Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut boleh mengimbas Kod QR yang tertera dalam poster. Tarikh tutup penyertaan, pada Isnin, 5 April 2021.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Urus Setia Bengkel, Bahagian Sastera dan Majalah, DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam atau melalui laman sesawang di 'www.dbp.gov.bn' atau e-mel ke 'info@dbp.gov.bn' atau Instagram : '@dbpbrunei' atau Facebook : 'Dbp Brunei' atau menghubungi terus ke talian +673 2382511 sambungan 137 / 167 / 191 / 192.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 4/10/2021 10:22 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 4/10/2021 10:22 AM by Nisbah Binti Hj Merusin