Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed
KUALA BELAIT, Jumaat, 26 Februari.
- Mewarna merupakan aktiviti yang menjadi kegemaran golongan
kanak-kanak, termasuk golongan muda-mudi, bahkan juga menjadi sebahagian
aktiviti orang-orang dewasa bagi mengisi masa lapang.
Sehubungan
itu, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, Kuala
Belait hari ini mengadakan Peraduan Mewarna sempena Sambutan Ulang Tahun
Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-37.
Peraduan
ini dibukakan kepada kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 11 tahun.
Antara
lain tujuan peraduan itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan
kepada kanak-kanak mengenai hari-hari kebesaran negara yang diraikan
setiap tahun bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama seluruh
rakyat di negara ini.
Di samping itu, ia juga memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat mereka dengan mengikuti
peraduan yang diadakan.
Dipetik daripada Pelita Brunei