Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Galak Kanak-Kanak Membaca Buku

Galak kanak-kanak membaca buku 2.JPG

Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BERAKAS, Ahad, 14 Februari. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyeru orang ramai untuk menggalakkan kanak-kanak membaca buku dan memartabatkan bahasa Melayu 'kitani'.

Ke arah itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui DBP menyertai Pameran dan Jualan Buku DBP sempena Program Gerai Hujung Minggu Pasar Kitani yang diadakan setiap hujung minggu di Kawasan Letak Kereta VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Pemangku Ketua Unit Pemasaran Seranta dan Perhubungan Awam, DBP, Dayang Nor Rafidah binti Haji Mokhtar semasa ditemu bual dalam pendekatan Pelita Brunei menyatakan, DBP mula menyertai pameran dan jualan tersebut sejak 23 Ogos 2020 yang lalu.

Pameran dan jualan ini jelasnya, untuk memudahkan orang ramai / pelanggan untuk mengambil buku-buku yang mereka akses menerusi laman Facebook dan Instagram DBP dan seterusnya mengambil buku itu di jualan dan pameran di sini.

Antara aktiviti yang disediakan ujarnya, termasuklah jualan buku-buku DBP, di samping peraduan mewarna bagi kanak-kanak sahaja.

Menurut beliau lagi, DBP sebelum ini juga turut menyediakan perpustakaan bergerak di kawasan stadium berkenaan akan tetapi sambutan dari orang ramai, khususnya kanak-kanak kurang memberangsangkan.

Justeru, beliau berharap orang ramai / pelanggan yang berkunjung agar membeli buku-buku terbitan DBP dan membawa anak-anak mereka berkunjung ke pameran dan jualan tersebut yang dibukakan setiap Ahad, dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/16/2021 2:49 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 2/16/2021 2:49 PM by Nisbah Binti Hj Merusin