Berita
dan Foto : Noraisah Haji Muhammed
BELAIT,
Isnin, 28 Disember. - Pandanku Ceria anjuran Persatuan Sutera
Daerah Belait bersama Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pandan
meneruskan acara Jaguh Pantun hari ini.
Ia bertujuan untuk
menjadikan perpustakaan dapat diguna pakai menjalani aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan, selain digunakan tempat membaca diteruskan.
Yang
Di-Pertua Persatuan Sutera Daerah Belait, Awang Haji David bin Kassim
berkata, pantun merupakan salah satu bentuk sastera yang popular dan
digemari oleh semua kategori masyarakat.
Pantun juga merupakan
antara tradisi lisan masyarakat dan ia perlu dikekalkan sebagai ristaan
kebudayaan tamadun Melayu.
Awang Billie Tengah menjuarai Pertandingan
Jaguh Pantun. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni syair dan
pantun yang sering ke udara di stesen radio.
Sementara itu, bazar
diteruskan di dalam dan luar perpustakaan, antaranya pameran burung dari
Parrot Kingdom And Pet Supplier, jualan makanan, minuman, permainan
buih dari Unicorn Bubble , ATV dan jualan pakaian dengan harga yang
berpatutan.
Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke
Bazar Pandanku Ceria yang diadakan di Perpustakaan DBP Kampung Pandan,
yang akan berakhir pada 31 Disember ini.
Dipetik daripada Pelita Brunei