Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Peluang Ikuti Pertandingan Menulis Ulasan Buku

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Disember. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Perpustakaan menganjurkan Pertandingan Menulis Ulasan Buku Terbitan DBP.

Pertandingan tersebut dibukakan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berumur 12 tahun ke atas. Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 25 Januari 2021 melalui e-mel ke alamat 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn'.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang 'bit.ly/dbpulasanbuku' atau dengan menghubungi menerusi talian +673 2235501 sambungan 504 atau melalui hotline +673 8266880.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/15/2020 9:19 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/15/2020 9:19 AM by Nisbah Binti Hj Merusin