Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Charades Lahirkan Ilham Peserta

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

SERIA, Selasa, 8 Disember. - Perpustakaan Cawangan Seria hari ini menganjurkan permainan Charades bersempena dengan cuti persekolahan penggal akhir.

Permainan disertai oleh peserta daripada Kategori Remaja dan Kanak-Kanak.

Permainan Charades tersebut dikelolakan oleh Pembantu Perpustakaan Tingkat I, Dayang Siti Azizah binti Haji Mohd. Noor.

Permainan Charades merupakan permainan meneka perkataan, berdasarkan karangan sastera yang dramatik, di mana seorang pemain akan menyusun setiap suku kata perkataan atau frasa secara berurutan, diikuti oleh keseluruhan frasa bersama, sementara kumpulan yang lain akan meneka.

Aktiviti ini dihasrat akan dapat melahirkan ilham juga ilmu kepada mereka yang menyertainya, di samping mengisi masa lapang dan bersilaturahim sesama mereka.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Seria menyediakan pelbagai program sempena cuti sekolah penggal ketiga buat para belia, remaja, kanak-kanak, di mana orang ramai juga dialu-alukan untuk hadir dan menyertai permainan yang disediakan.


Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/14/2020 8:52 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/14/2020 8:52 AM by Nisbah Binti Hj Merusin