Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Lestarikan Penggunaan Dialek Tempatan

Lestarikan penggunaan dialek tempatan 2.JPG

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

TUTONG, Sabtu, 5 Disember. - Pengaruh bahasa memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya dan melestarikan kelangsungan budaya sesebuah masyarakat.

Justeru, perkara ini mencerminkan berlakunya perubahan bahasa atau dialek yang secara langsung melibatkan budaya dalam komunikasi sosial sesebuah masyarakat.

Perubahan bahasa atau dialek yang berlaku terlalu pantas menyebabkan nilai bahasa tidak lagi begitu dipandang dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Sehubungan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Bengkel Pengenalan Dialek yang diadakan buat julung kalinya di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Daerah Tutong, di sini.

Lebih 20 ahli muda mudi perpustakaan berkenaan dan orang perseorangan menyertai bengkel yang diadakan selama satu hari dan dibimbing oleh Pegawai Bahasa dari Unit Perkamusan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP, Dayang Hajah Norati binti Bakar selaku fasilitator.

Antara objektif bengkel adalah untuk membuka minda masyarakat umum akan kepentingan penggunaan dan pelestarian bahasa dialek masing-masing.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/7/2020 2:30 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/7/2020 2:30 PM by Nisbah Binti Hj Merusin