Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KURSUS SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DAN ASAS TATABAHASA

Pada hari pertama kursus, peserta diberikan penerangan tentang ciri utama sistem ejaan rumi bahasa Melayu, iaitu kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, cara pengejaan kata pinjaman, penggandaan kata serta penerangan hukum DM. Manakala pada sebelah petang pula, aktiviti dilakukan secara berkumpulan, iaitu setiap kumpulan diminta untuk menggolongkan kata berdasarkan soalan yang diberikan.

Pada hari kedua kursus iaitu di sebelah pagi, penerangan dilanjutkan dengan tajuk kesalahan ejaan dan tatabahasa. Setelah usai penerangan, satu sesi aktiviti dijalankan bagi setiap kumpulan dengan memberikan satu teks ringkas mengandungi beberapa tajuk yang telah dibincangkan dan berdasarkan teks tersebut, mereka menggolongkan kata mengikut kreativiti masing-masing.

Pada sebelah petang kursus pula, peserta dibahagikan mengikut kumpulan bagi meneruskan  aktiviti ‘Cabaran Ria Bahasa’ yang terbahagi kepada enam tugasan. Secara ringkas cabaran ini memerlukan peserta untuk  aktif dan menggunakan strategi pembelajaran yang telah dipelajari selama dua hari kursus dijalankan. Di majlis penutup, setiap kumpulan diberikan cenderamata dan kumpulan yang menang turut diberikan hadiah, sumbangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan seterusnya sesi bergambar ramai.

Sebelum mengakhiri kursus, Puan Hajah Annisa juga memperkenalkan beberapa laman sesawang sebagai rujukan, iaitu kamus dalam talian, tesaurus dalam talian dan juga beberapa istilah baharu. Kursus bersurai tepat pukul 4.15 petang.

Attachments
Created at 11/2/2020 9:31 AM by Masni Binti Moktal
Last modified at 11/21/2020 4:33 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar