Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT PENETAPAN GENRE DAN PENYARINGAN KARYA CALON PENERIMA ANUGERAH PENULIS ASIA TENGGARA (THE S.E.A. WRITE AWARD), 2020


Sabtu, 11 Julai 2020

Mesyuarat Penetapan Genre dan Penyaringan Karya Calon Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Julai 2020, pada pukul 2.00 petang di Bilik Laila Muafakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas bagi menetapkan genre dan menyaring karya-karya calon penerima yang telah disenaraikan sebelum membuat penilaian.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Panel Penilai Negara (PPN). Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka selaku Timbalan Pengerusi PPN; Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan selaku Setiausaha PPN; Ahli-ahli PPN; dan Ketua Urus Setia PPN.


IMG_9993.JPG


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan khususnya Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan bertindak selaku urus setia dalam pemilihan Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara  (The S.E.A. Write Award) bagi Negara Brunei Darussalam.


Attachments
Created at 7/20/2020 5:08 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf
Last modified at 7/20/2020 8:29 PM by Noor Lenny Binti Hj Mohamed Yusuf