Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

IKTIRAF PELUKIS-PELUKIS TEMPATAN

260719-Pameran Lukisan  (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 Julai 2019 - Pameran Emerge Eksklusif dan Pameran Solo oleh Haji Osman Haji Mohammad bermula sejak 12 Julai hingga 2 Ogos 2019 nanti, bertempat di Galeri Seni, Dermaga Diraja, di sini.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran pameran-pameran tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pengurus dan Kurator, Creative Space Brunei, Dayang Osveanne Nadiah binti Haji Osman dalam ucapan alu-aluannya, antara lain menjelaskan, Pameran Emerge Eksklusif adalah bagi mengiktiraf pelukis-pelukis dan individu-individu yang telah bekerja keras juga menyumbangkan masa dalam membantu membangun inisiatif tersebut.

 260719-Pameran Lukisan  (1).jpg

Ucapan beliau itu disampaikan oleh Pegawai Pemasaran Creative Space Brunei, Dayang Noor Faezatul Iradah binti Mohd. Ali.

Sebagai sebuah galeri ujarnya, sememangnya minat mereka adalah untuk menyediakan ruang dan sokongan kepada pelukis tempatan bagi mereka menghasilkan karya berkualiti.

Menurutnya lagi, mereka juga mempunyai impian agar pelukis-pelukis tempatan sentiasa giat berusaha agar satu masa nanti mereka juga akan dapat mengadakan pameran solo, bukan saja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Pameran Emerge Eksklusif dibahagikan kepada dua, iaitu Retrospective and Moments yang mempamerkan lukisan oleh seramai 53 pelukis baharu kontemporari, manakala Retrospective mempamerkan lukisan oleh seramai 19 pelukis yang pernah menyertai Projek Emerge sebelum ini.

 

Juga diadakan pada pameran tersebut, Pameran Solo karya Haji Osman Haji Mohammad, bertajuk 'Detik-Detik Melalui Masa' (Moments Through Time) yang mempamerkan karya seni beliau sepanjang dekad ini.

 260719-Pameran Lukisan  (9).jpg

Pameran tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan gambaran tentang pembangunan yang dibuat berkaitan dengan artis-artis kontemporari yang menghasilkan karya yang jelas, kebruneian sama ada pada tahap estetika (aesthetic) atau konseptual dengan mengekalkan keupayaan agar dapat memberikan mesej yang dapat melampaui batas-batas budaya dan berkomunikasi secara efektif kepada penonton global.

260719-Pameran Lukisan  (4).jpg

 260719-Pameran Lukisan  (3).jpg

Pada majlis tersebut, seramai tiga pelukis menerima pengiktirafan bagi lukisan karya mereka, iaitu bagi Kategori Pelukis Teknikal Terbaik diberikan kepada Dayang Amalina binti Abu Bakar, diikuti dengan Kategori Pelukis Konseptual Terbaik yang diberikan kepada Awang Faizal bin Hamdan; dan bagi Kategori Pelukis Yang Paling Terlibat diberikan kepada Dayang Maziyah binti Yussof.

260719-Pameran Lukisan  (17).jpg

Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar; Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

260719-Pameran Lukisan  (20).jpg

260719-Pameran Lukisan  (21).jpg

Attachments
Created at 7/27/2019 11:57 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/27/2019 11:57 PM by Lee Chin Foo