Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28 SERTAI BRUNEI STRONGEST MAN AND WOMAN

210719-karnivalHariKeputeraan (12).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 21 Julai 2019 – Pengiran Roslannie bin Pengiran Jumat berjaya meraih gelaran juara Brunei Strongest Man dengan mencatatkan masa 5 minit 8 saat setelah menewaskan Mohamad Fairul bin Haji Rashid dengan catatan masa 5 minit 36 saat.

Manakala, juara Brunei Strongest Woman menjadi milik Alinawati binti Haji Aliakbar dengan mencatatkan masa 8 minit 13 saat sekalipun menjadikan Ayuni Alwk Jefferi di tempat kedua dengan catatan masa 8 minit 50 saat.

210719-karnivalHariKeputeraan (14).jpg

 210719-karnivalHariKeputeraan (18).jpg

210719-karnivalHariKeputeraan (17).jpg

Brunei Strongest Man and Woman merupakan salah satu aktiviti Karnival Hari Keputeraan yang dianjurkan oleh Excel Event Planning dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Terdahulu, hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan perlepasan bagi acara yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Menduduki tempat ketiga Brunei Strongest Man ialah Mohammad Ali Nizzam bin Ramli dengan mencatatkan masa 5 minit 46 saat dan di tempat ketiga Brunei Strongest Woman ialah Fauzian Abdullah dengan catatan masa 12 minit 19 saat.

Seramai 28 peserta tempatan ikut serta dalam acara tersebut terdiri dari 23 peserta lelaki dan lima peserta wanita.

210719-karnivalHariKeputeraan (7).jpg

Para peserta lelaki dan wanita masing-masing menjalani lima cabaran iaitu 'tyre flip', 'tyre pull', 'farmers walk', 'duck walk' dan 'pull and push car'.

 210719-karnivalHariKeputeraan (16).jpg

Namun, peserta lelaki perlu melalui cabaran sejauh 25 meter manakala peserta wanita sejauh 20 meter.

Pada acara tersebut, para perusahaan kecil dan sederhana juga berpeluang mempromosikan produk dan jualan masing-masing.

Dalam menggalakkan persaingan sihat dan mencabar, 'Brunei Strongest Man and Woman' dihasrat dapat menguji ketahanan fizikal dan mental serta membangun keupayaan masing-masing.

210719-karnivalHariKeputeraan (6).jpg

210719-karnivalHariKeputeraan (11).jpg

210719-karnivalHariKeputeraan (10).jpg

Attachments
Created at 7/22/2019 10:47 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/22/2019 10:48 AM by Lee Chin Foo