Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PUSAT EHSAN TAMPILKAN BAKAT PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Marlinawaty Hussin - Penerangan

Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah - Penerangan

 

JERUDONG, Sabtu, 13 Julai 2019 - Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam buat julung kalinya menganjurkan Persembahan Charity Music bertujuan bagi mengutip dana untuk penuntut pusat berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan bagi menampilkan bakat dan kebolehan para pelajar berkeperluan khas.

Acara berlangsung di Jerudong Park Ampitheatre, di sini.

pusat ehsan-charitymusic.1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Semua hasil persembahan akan disalurkan ke pusat berkenaan dalam menyediakan pendidikan, rehabilitasi dan latihan untuk para pelajarnya.

pusat ehsan-charitymusic.5.jpg

Persembahan turut menampilkan nyanyian serta tarian daripada para pelajar dan kakitangan pusat tersebut termasuk Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei dan artis-artis tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur persembahan, Dayang Nurul Huda binti Awang Haji Muhin dalam kenyataannya antara lain melahirkan penghargaan terhadap Syarikat Progresif Cellular Sdn. Bhd.; Jerudong Park and Country Club dan mereka yang terlibat dalam membuat persembahan atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

pusat ehsan-charitymusic.2.jpg

Attachments
Created at 7/16/2019 9:49 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/16/2019 9:49 AM by Lee Chin Foo