Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

CFOO JUARA BRUNEI CLASSIC

​[Sumber: Media Permata]

Berita dan Foto: Fadhil Yunus & Daniel Lim (Media Permata)

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI 2019– Pasukan CFOO muncul juara bagi acara berpasukan antarabangsa selepas mencatatkan masa keseluruhan 19:43.45 saat pada kejohanan lumba basikal Brunei Classic 2019, hari ini.

070719-juaraclassic-SUT-mp.2.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan kejohanan lumba basikal itu dan seterusnya menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang hari ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier, juga selaku Pengerusi Persekutuan Berbasikal Brunei Darussalam (BDCF).

070719-juaraclassic-SUT-mp.1.jpg

Turut hadir ke acara itu dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Pasukan CFOO terdiri daripada Nik Mohd Azwan bin Zulkifle, Sofian Nabil Omar bin Mohd Bakri, Isma Rizuan bin Mohamad Esa, Kamarul Irwan bin Rusli dan Muhammad Fauzan bin Ahmad Lutfi.

Sementara itu pemenang kedua bagi acara berpasukan itu ialah Pasukan Wakanda Cyling Club, yang terdiri daripada Muhammad Zaim bin Baha, Ahmad Jawaahir bin Haji Johor, Muhammad Aziz bin Abdul Aziz, Azmi bin Abdul Hadzid dan Muhammad Azwar bin Haji Muhammad, dengan masa keseluruhan, 20:16.05 saat.

Tempat ketiga disandang oleh Pasukan Pardus, dibarisi oleh Muhammad Daniel Haikkal, Aele Shafri Rusli, Razif Salleh, Fairet Rusli dan Muhammad Rafiuddin Zikara dengan catatan masa 20:36.58 saat.

Bagi acara berpasukan tempatan, ia dimenangi oleh Wakanda Cycling Club, diikuti oleh Kaka Cycling Club dan G530ST masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Penunggang CFOO, Nik Mohd Azwan muncul pemenang sebenar apabila meraih gelaran Kategori Lelaki Elit dengan masa keseluruhan 3:50.52 saat dan dalam acara pecut intermediate.

Manakala Kategori Raja Gunung menjadi milik Sofian Nabil selepas mengumpulkan sejumlah lapan mata bagi kategori itu.

Penunggang basikal kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Amiruddin bin Haji Mohammad Amir muncul pemenang bagi Kategori Best Bruneian dengan merekodkan masa 3:52.07 saat. Sementara itu dalam Kategoti Master Lelaki, Zulkifli bin Ramli muncul pemenang dengan catatan masa 3:54.00 saat.

Bagi Kategori Terbuka Wanita pula, Yeong Zhen Yi dari G530ST menyandang gelaran juara dengan merekodkan masa 03:04.02 saat, disaingi oleh Natahsya Soon di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Nur Amal Nadhirah binti Abdul Rahim.

Brunei Classic 2019 merupakan anjuran BDCF dan dikendalikan oleh Tum2Cycles dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, KKBS, di mana ia telah menarik sehingga 500 orang pelumba basikal dari dalam dan luar negara.

070719-juaraclassic-SUT-mp.3.jpg

Attachments
Created at 7/8/2019 9:55 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/8/2019 9:57 AM by Lee Chin Foo