Terbaru
|
|
VISI
/ MISI
Kementerian
Kebudayaan
Belia
dan Sukan
Visi
"Bangsa
Brunei Yang Cemerlang"
Misi
"Mencanai
Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu
Padu, Dinamik dan Berwawasan"
Matlamat
-
Memberikan
hala-tuju yang jelas dan bermakna kepada masyarakat
melalui kegiatan-kegiatan kemasyarakatan,
kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
-
Memupuk masyarakat penyayang dan prihatin.
-
Meningkatkan semangat kesukarelaan.
Menyemai semangat kekitaan dan patriotisme.
Membentuk masyarakat yang cergas, cerdas, bermaklumat,
berdaya tahan, sihat dan seimbang.
Mengadakan panduan nasional yang menyeluruh bagi
membolehkan pembentukan masyarakat yang memiliki jatidiri
tulen berasaskan falsafah Negara.
Objektif
Menjelang Tahun 2015 KKBS telah :
-
Mempunyai dasar dan panduan
nasional dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan
kesukanan.
-
Berupaya meningkatkan penyertaan
aktif rnasyarakat dalarn menangani hal-hal Kebajikan,
Kemasyarakatan, Kebudayaan, Kebeliaan dan Kesukanan.
-
Membudayakan semangat
kesukarelaan dan berdikari di kalangan semua peringkat
masyarakat.
-
Melibatkan secara aktif berbagai
agensi dalam mengukuhkan nilai-nilai patriotisme, keusahawanan
dan semangat kekitaan dikalangan masyarakat khususnya belia.
-
Memiliki prasarana dan kemudahan
asas dalam bidang kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan
kesukanan diseluruh negara.
-
Sama-sama berupaya meningkatkan
kefahaman dan penghayatan terhadap falsafah Negara.
-
Berupaya mencipta persekitaran
yang kondusif bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan
berbudaya tinggi.
Rancangan Strategi
-
Menggubal dan melaksanakan
Dasar dan Panduan Nasional dalam bidang kemasyarakatan,
kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
-
Mengadakan program-program
yang dapat menjana penglibatan masyarakat dalam bidang kebajikan,
kemasyarakatan, kebudayaan, kebeliaan dan kesukanan.
-
Meningkatkan rangkaian dan
perkongsian pintar *dalam semua bidang.
-
Meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap nilai-nilai murni dan luhur termasuk
Semangat Kesukarelaan.
-
Memperkasa agensi-agensi dan
semua peringkat masyarakat dalam bidang-bidang Kebudayaan,
Kesukanan, Kebeliaan dan Kemasyarakatan.
-
Meningkatkan kerjasama yang
bersepadu di antara semua agensi dan semua peringkat masyarakat
dalam semua bidang.
-
Memperkasa belia melalui
penyediaan kemudahan latihan dan rancangan pembinaan
diri.Meningkatkan penglibatan orang ramai dalam Sukan untuk
Masyarakat dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal
-
Tenaga Kerja
Yang Berkebolehan (Competent) - berkelayakan, didikasi, mahir, komited,
yakin, profesionalisme, perkongsian kebersamaan nilai (shared values)
dll.
-
Sistem Pengurusan Yang Berkesan - Pensejajaran dan koordinasi bagi KKC,
MPK, TPOR dan lain-lain.
-
Peruntukkan - Kewangan yang mencukupi dan fasilitas prasarana terkini.
-
Jaringan (Networking) Berkesan Dan Efisen Dengan Rakan Kerja
(Stakeholders) KKBS.
-
Perkongisan Kebersamaan Nilai (shared values).
-
Latihan Profesionalisme Yang Berterusan Dalam Pelbagai Bidang Kepakaran.
Nilai-Nilai Utama Organisasi
BERDASARKAN RUKUN AKHLAK DAN ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM
-
Bersih,
jujur dan amanah
-
Cekap,
cepat dan tepat
-
Titih,
lutanan dan menghargai masa
-
Berilmu, kreatif dan inovatif
-
Beriltizam,keterbukaan dan bertanggungjawab
-
Sabar,
tabah dan bersopan
-
Teladan dan Kepimpinan terbaik
-
Setiakawan, syura dan bermuafakat
-
Berjimat cermat
-
Pemedulian
-
Kesejagatan (keuniversalan)
-
Berdayasaing
-
Profesionalisme
-
Penurunan kuasa (empowerment)
-
Kesedarhanaan (moderation, wasathiyah, non-extreme)
-
Berbaik Sangka (toleransi, tasammuh)
-
Penyayang
-
Kerja
Berkumpulan
-
Hormat
Menghormati
-
Bermotivasi
|