-
Mengadakan Kumpulan Tindakan
(Action Team) dan Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) sebagai budaya
kerja memantap dan memajukan perlaksanaan tugas-tugas dan
tanggungjawab kearah pencapaian dasar dan matlamat Jabatan.
-
Mengadakan penyelidikan dan
pengumpulan bahan-bahan sumber sejarah Brunei ke tempat-tempat
yang dikenalpasti dari maklumat-maklumat yang diperolehi samaada
dari dalam atau di luar negeri.
-
Meninggikan ilmu pengetahuan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkebolehan di bidang
sejarah dan tugas-tugas khusus mereka yang berkenaan dengan
memberi peluang untuk mereka berkursus melalui
kemudahan-kemudahan latihan yang dihulurkan pada masa ini.
-
Memberikan latihan dan tunjuk-ajar
kepada pegawai dan kakitangan yang diperlukan oleh Jabatan ini
dengan mendatangkan pakar.
-
Merancang dan mengenal pasti
keperluan Sumber-Tenaga Manusia yang masih kurang di
bidang-bidang khusus dengan sejarah dan kerja-kerja yang
berkaitan dengannya bagi menangani dasar penubuhan Jabatan ini.
-
Mengadakan kemudahan Teknologi
Maklumat (IT) secara berperingkat bagi keperluan perhubungan
penyelidikan dengan luar; kemudahan bagi para penyelidik; dan
penyimpanan bahan-bahan sejarah; dokumen-dokumen, salasilah,
data-data dan rekod sumber yang teratur secara berkomputer
supaya mudah dirujuk.
-
Mengadakan usaha-usaha yang
berterusan bagi mengumpul dan menyelidik bahan-bahan Sejarah
Brunei di dalam dan di luar negeri untuk dijadikan bahansumber
penyelidikan dan penulisan.
-
Mengadakan peraduan menulis
rencana/artikel/essei dan lain-lain mengenai sejarah Brunei dari
semasa ke semasa untuk memperbanyakkan sumber-sumber
persejarahan Brunei.
-
Mengadakan projek/kegiatan-kegiatan
seperti ceramah, seminar, forum, kursus atau bengkel yang
berkaitan dengan persejarahan Brunei.
-
Mengadakan pameran bersempena
sesuatu peristiwa yang bersejarah / penemuan-penemuan
penyelidikan.
-
Menerbit dan mencetak serta
berusaha menterjemah perolehan sumber-sumber kajian dan
penyelidikan persejarahan Brunei untuk rujukan.
-
Menambah dan mengubahsuai
bangunan Jabatan bagi mengatasi kesempitan untuk bilik-bilik
pegawai, ruang bilik kerja dan tempat rujukan serta Balai
Pameran.