Terbaru
|
|
VISI
/ MISI
Jabatan
Belia
dan Sukan
Misi
"Mengwujudkan
dan membangun masyarakat Brunei ke arah kecemerlangan
melalui program-program Belia dan Sukan"
Matlamat
-
Menanamkan
semangat kebangsaan dan mendukung kerasmian Ugama Islam untuk
menjadi amalan dalam kehidupan lengkap belia sesuai dengan
Falsafah Negara Melayu Islam Beraja dan Perlembagaan Negara.
-
Menanam dan
mengukuhkan masyarakat yang bersepadu melalui program-program
yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja.
-
Memperkembangkan
di kalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
serta menanamkan dalam diri belia sikap dan kualiti
bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, serta dapat menyesuaikan
diri dan berdikari bagi pembangunan negara disamping mengukuhkan
kepaduan negara.
-
Meningkatkan
profail belia melalui penyertaan belia di peringkat kebangsaan,
serantau dan antarabangsa.
-
Membentuk sebuah
masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan
mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup,
berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan
masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan,
rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada Falsafah
Negara, Melayu Islam Beraja .
-
Melahirkan
ahli-ahli sukan Elit dan berprestasi tinggi bagi penyertaan
sukan-sukan serantau dan antarabangsa.
-
Menjadikan
aktiviti Sukan sebagai satu kaedah pembangunan sosial,
menggalakkan pergaulan, persaingan sihat dan mengeratkan
perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak
mengasingkan diri melalui penyertaan aktiviti Sukan Untuk
Masyarakat.
-
Mempertingkatkan
prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia di
seluruh negara.
Objektif
-
Membentuk belia akan lebih
bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.
-
Menyediakan program yang
berbentuk latihan kepimpinan, kemahiran serta menyusun rancangan
yang berasaskan wawasan yang sihat dengan berpandukan kehendak
belia dan aspirasi negara.
-
Menyediakan program perkembangan
dan pembangunan belia bagi menimbulkan kepercayaan diri sendiri
serta menanamkan sikap kesukarelawanan dikalangan belia.
-
Membolehkan belia
memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antara bangsa,
supaya menyedari kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN,
Serantau Asia, Komanwel, dan antarabangsa dengan penyertaan
belia dalam latihan, seminar, perkhemahan, pertandingan dan
pertukaran program dua hala atau serantau di luar negara.
-
Membanyakkan bilangan masyarakat
yang melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan
sukan untuk masyarakat dengan menyediakan prasarana dan
program-program sukan yang tersusun, terancang, terpimpin
melalui temasya/pesta dan pertandingan.
-
Menggalak dan mewujudkan peluang
kearah mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu
dalam sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa.
-
Menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan
dalam kegiatan belia dan sukan.
-
Menyediakan, menggalakkan penggunaan prasarana dan memastikan
prasarana kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia di
seluruh negara pada tahap yang memuaskan sama ada dari segi
keramaian penggunaannya dan keadaan pemeliharaannya.
Peranan
Peranan dan fungsi Jabatan Belia
dan Sukan (Sejak 1 April 1993) dikenali sebagai Jabatan Belia dan
Sukan) adalah:
-
Mengawasi perkara-perkara yang
berkaitan dengan (Kebajikan) belia dan sukan.
-
Mengatur langkah-langkah
mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan
mengenai dengan belia dan sukan.
-
Merancang dan memajukan sukan
secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat
membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan
saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga
dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan
kehendak-kehendak masyarakat dan negara.
-
Mengawal, memimpin dan
menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti belia dan
sukan.
Tugas dan
Tanggungjawab
-
Merancang,
mengawal, mempimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan
kegiatan-kegiatan belia demi untuk membina belia yang
bertanggungjawab, dinamik, berdikari, bernilai positif dan
bersedia menyahut seruan pembangunan negara.
-
Merancang,
menyusun dan mengawal program-program sukan untuk membentuk
masyarakat cergas, sihat, berdisiplin, dinamik, tahan lasak dan
berdikari dan secara langsung untuk menuju ke arah pencapaian
kecemerlangan sukan.
-
Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur, seperti
venue-venue sukan, pusat-pusat belia dan bantuan-bantuan
kewangan serta khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan belia
dan persatuan-persatuan sukan.
-
Merancang
latihan-latihan sivik, tata negara, kepimpinan, motivasi dan
pendedahan para belia serta bantuan jurulatih bagi memperbaiki
mutu kesukanan kepada atlet sukan.
Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal
-
Tenaga kerja yang berkebolehan dan komited
-
Sistem Pentadbiran dan Pengurusan yang berkesan
-
Kerjasama yang lebih erat dengan Agensi-Agensi
Kerajaan dan Badan-Badan Sukarela
-
Penjagaan dan Pemuliharaan kemudahan-kemudahan
belia dan sukan ketahap yang memuaskan
-
Mekanisma maklum balas awam yang efektif
|