Berdaulat Merdeka

Ibu pertiwi kucinta

Negara Brunei Darussalam
Hidupnya aman makmur dan maju jaya
Rajanya memerintah laila adil dan saksama
Untuk rakyat hidup sejahtera bahagia

Rakyat dan penduduknya
Rela berkorban apa saja
Demi untuk mempertahankan
Kemerdekaan dan kedaulatan

Kami berdoa kepada Tuhan
Yang Maha Esa
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Memimpin bangsa dan negara
Ke arah mercu jaya

Warisan budaya mulia
Setia mendukung konsep negara
Melayu Islam Beraja
Lambang hidup berdaulat merdeka

Lambang hidup berdaulat merderka

Lirik : Dayang Marjinawati
Lagu : Haji Kifli Tengah
Susuan musik : D Norrish / Major Hj Manaf Hj Kamis