The Government of Brunei Darussalam

        

          Syarat dan Peraturan Pesta Buku Brunei 2006

1 Peserta boleh memohon seberapa banyak gerai yang diperlukan tetapi penganjur berhak memperuntukkan jumlah gerai sekiranya timbul keperluan untuk berbuat demikian.
2 Permohonan hendaklah disertai bayaran 50% dengan draf bank dalam ringgit Brunei dan dibayar kepada Pesta Buku Brunei 2006.
3 Penganjur akan menentukan kedudukan gerai. Sebarang rayuan untuk menukar kedudukan gerai tidak akan dilayan.
4 Bahan pameran dan jualan seperti buku, jurnal, majalah, komik, poster, kaset, alat pandang-dengar pendidikan, bahan seni khat, cakera padat dan seumpamanya hendaklah yang tidak bertentangan dengan kehendak akta mengenai ketenteraman, keselamatan dan kelucahan dan Akta Penerbitan-Penerbitan dan undang-undang lain yang dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam.
5 Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan  pelanggaran Akta Hak Cipta. Peserta digalakkan menjual bahan pameran dengan potongan harga di antara 10% hingga 30%.
6 Peserta hendaklah mempamerkan bahan pameran mereka sepanjang pesta buku.
7 Peserta tidak dibenarkan membawa   keluar bahan pameran dan jualan sebelum tamat pesta buku.
8 Setiap buku dan bahan untuk dijual hendaklah dibubuh tanda harga, manakala buku agama mestilah dicap oleh Pusat Dakwah Islamiah terlebih dahulu.
9 Penganjur dan pihak berkuasa Dewan Serbaguna, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas tidak bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti kecederaan, kecurian, malapetaka, kerosakan atau kehilangan bahan pameran dan jualan. Peserta dinasihatkan supaya menyediakan insurans yang seperlunya secara persendirian.
10 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kerosakan alat jentera, bekalan elektrik dan air, kebocoran air atau sebarang malapetaka atau atas perintah kerajaan yang boleh menyebabkan Pesta Buku ini ditutup sementara atau seterusnya.
11 Peserta dikehendaki membayar ganti rugi jumlah sepenuhnya kepada penganjur jika berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan kepada ruang pameran serta kemudahan akibat daripada penyalahgunaan ruang oleh peserta, wakilnya atau ejennya baik secara senghaja atau tidak.
12 Peserta hendaklah menjaga kebersihan gerai dan kawasan sekitarnya serta mengawal kebisingan dan gangguan yang berlebihan.
13 Resepsi, pelancaran buku, kuliah, persidangan akhbar, diskusi awam tidak boleh diadakan dalam dewan pameran tanpa kebenaran daripada penganjur.
14 Merokok dan makan minum serta membawa masuk makanan dan minuman ke dalam dewan pameran adalah ditegah.
15 Penganjur berhak menamatkan hak peserta memperagakan bahan pameran sekiranya peserta didapati melanggar syarat dan peraturan penyertaan. Dalam hal ini, bayaran penyertaan peserta tersebut akan lupus dan peserta tidak berhak bagi sebarang bayaran atau ganti rugi daripada penganjur, dan penganjur pula berhak menutup gerai mereka dengan serta-merta dan memindahkan barang mereka dari ruang dan kawasan pameran.

 

Sila Klik ke Borang Pesta Buku Brunei 2006

 


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Maklumbalas ||
|| Kalendar Tahunan | Aktiviti ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||