The Government of Brunei Darussalam

 

        Pesta Buku Brunei 2006  

Click For English Version

PENGENALAN
Di samping mengenalkan dan menjual buku serta bahan penerbitan, Pesta Buku Brunei 2006 juga memberikan peluang pertemuan bagi toko buku, pengedar, penerbit, ilustrator, pustakawan, pelajar, pencinta buku dan masyarakat umum untuk meningkatkan daya apresiasi terhadap buku.

Sepanjang Pesta Buku Brunei 2006, beberapa acara sampingan akan diadakan.

NAMA ACARA
Pesta Buku Brunei 2006

TEMPOH PAMERAN

25 Februari - 5 Mac 2006/26 Muharam 1427: 

9.00  pagi - 10.00  malam

Kecuali Hari Jumaat:

9.00 pagi -11.30 pagi dan
2.30 petang - 10.00 malam

Tempoh Penyediaan

24 Februari dari 9.00 pagi - 10.00 malam

Tempoh Pengemasan

6 Mac: dari 9.00 pagi - 7.00 malam

TEMPAT
Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas

DIANJURKAN OLEH
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam

KATEGORI PAMERAN

Buku

Seni, Kanak-kanak, Agama, Peta, Buku Panduan Melancong, Sains dan Teknologi, Akademik, Fiksyen dan Bukan Fiksyen, Buku Teks, CD-ROM dan lain-lain.


Lain-lain

Majalah, Komputer, IT dan lain-lain

PENGURUSAN ACARA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Urus Setia
Pesta Buku Brunei 2006
Negara Brunei Darussalam
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam

PEMBUKAAN RASMI
Pembukaan rasmi akan diadakan pada pukul 9.30 pagi, hari Rabu 25 Februari 2006 bersamaan 26 Muharam 1427. Semasa upacara pembukaan rasmi para jemputan dan peserta sahaja yang dibenarkan memasuki ruang pameran.

PERMOHONAN
Permohonan untuk penyertaan pesta buku adalah terbuka kepada penerbit-penerbit universiti, jabatan-jabatan kerajaan, penerbit-penerbit dalam dan luar negeri dan penjual IT.  Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan pada atau sebelum 21 Januari  2006 bersamaan 28 Zulkaedah 1427  ke alamat berikut:

Urus Setia
Pesta Buku Brunei 2006
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam

Pihak penganjur pesta buku berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang alasan. Peruntukan bilangan gerai akan ditentukan oleh pihak penganjurPeserta tidak dibenarkan menyewa atau menyerahkan gerai mereka kepada pihak lain. Pihak penganjur akan menentukan peruntukan bilangan gerai bagi setiap permohonan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur akan cuba memenuhi semua permohonan.

SYARAT PEMBAYARAN
Semua permohonan hendaklah disertai dengan bayaran penuh, sama ada dengan draf bank atau cek dan dibayar penuh kepada Pesta Buku Brunei 2004.  Bayaran mesti dibuat sebelum 21 Januari 2006/28 Zulkaedah 1427 berserta dengan borang permohonan.

Syarat: Permohonan berserta dengan bayaran 50% yang diterima awal akan diberi keutamaan. Permohonan melalui faks/telefon tidak akan dilayan.

PEMBATALAN
Sekiranya pemohon membatalkan tempahannya atas apa jua sebab sekalipun, pihak penganjur berhak melucutkan hak pemohon ke atas segala wang yang telah dibayar sebagai sewa dan perkhidmatan yang lain. Kemudian pihak penganjur berhak melupuskan atau menyewakan ruang dan kemudahan gerai tersebut mengikut apa jua cara yang difikirkan patut.

GERAI DAN SEWA
Luas kawasan lantai bagi setiap gerai ialah 2.5 m x 3 m x 3 m. Sewa bagi sebuah gerai ialah B$1,000.00 dengan kemudahan berikut:

meja                              

1

kerusi                             

2

rak @ 2 m panjang          

3

lampu limpah (100 watt)

1

lampu fluoresen              

2

bakul sampah

1

Papan nama jabatan/

 

syarikatpertubuhan dalam tulisan Jawi dan Rumi /

 

Lantai gerai berpermaidani.

 

Hiasan tambahan bagi permukaan ruang pameran akan ditanggung sendiri oleh peserta. Sebarang tambahan yang lain adalah tertakluk kepada kebenaran penganjur dan peserta tidak dibenarkan menokok tambah melebihi daripada ruang yang telah disediakan.

PROMOSI DAN SERANTA
Publisiti akan diusahakan melalui media massa, laman web, poster dan kain rentang.

PENGINAPAN
Peserta dinasihatkan untuk membuat tempahan hotel penginapan mereka melalui laman web www.MyBruneihotels.com. bagi hotel-hotel di Brunei Darussalam.

PENGIRIMAN DAN PEMUNGGAHAN
Peserta dikehendaki mendapatkan khidmat agensi atau syarikat pengiriman/pemunggahan untuk menghantar dan memunggah buku dan bahan pameran dari lapangan terbang ke Pusat Dakwah Islamiah (buku-buku agama) dan ke tempat pameran/lapangan terbang dengan kos dan perbelanjaan mereka sendiri

PENGIRIMAN DAN PEMUNGGAHAN
Peserta dikehendaki mendapatkan khidmat agensi atau syarikat pengiriman/pemunggahan untuk menghantar dan memunggah buku dan bahan pameran dari lapangan terbang ke Pusat Dakwah (buku-buku agama) dan ke tempat pameran/lapangan terbang.

 

Syarat dan Peraturan                  Borang Pesta Buku 2006

 

|| Sambutan 40 Tahun DBP  || Pelancaran Buku Baru DBP ||

 


|| Sejarah Ringkas | Dasar Penubuhan | Struktur | Maklumbalas | Cari Maklumat ||
|| Kalendar Tahunan | Aktiviti ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||