Pelancaran  Buku-Buku Baru Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

Satu Majlis Pelancaraan Buku-Buku Baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei telah diadakan pada 28 Oktober 2000  di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.    Sebanyak 6 buah judul buku telah selamat dilancarkan oleh tetamu kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka  Haji Hussin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Lela Utama Haji Awang Mohd. Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Di antara buku-buku baru yang telah diterbitkan seperti berikut;

Berita Televisyen Dan  Pembangunan Negara: Kajian Kes Radio Televisyen Brunei

Perkembangan Penyiaran Di Negara Brunei Darussalam

Kajian Semula Perkembangan Pengurusan Di Radio Televisyen Brunei

Memahami Sajak & Novel

Antologi Cerpen Air Biru Ombak Biru, Suatu Analisis Gaya Bahasa

Novel Puncak Pertama: Satu Analisis Daripada Konsep Kebahagiaan

 

Berita Televisyen Dan  Pembangunan Negara: Kajian Kes Radio Televisyen Brunei

Dalam buku ini penulis mengkaji dan menilai peranan berita televisyen yang disiarkan oleh Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam konteks pembangunan negara dan dalam memupuk semangat kebangsaan. Buku ini mengkaji sejarah, politik dan kebudayaan Brunei dan memberikan pemahaman kepada pelbagai media dalam negeri. Ia juga mengkaji pelbagai faktor yang membentuk kandungan berita RTB iaitu sebuah jabatan kerajaan yang berusaha menjaga kepentingan kerajaan dan penonton yang terdedah kepada pelbagai media di peringkat antarabangsa. Kadang-kadang kepentingan ini bertentangan terutamanya mengenai berita dan hal-ehwal semasa. Penulis juga mengkaji bagaimana RTB menangani situasi paradoks dan mengemukakan penyelesaian yang boleh dilakukan terhadap dilema ini. Berita Televisyen.jpg (234150 bytes)

 

 

Perkembangan Penyiaran Di Negara Brunei Darussalam

Dalam menghadapi cabaran global, Radio Brunei terus memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Brunei. Dalam sejarah penyiaran di Negara Brunei Darussalam, radio menjadi saluran komunikasi paling berpengaruh selama lebih 38 tahun, dan dengan kemunculan televisyen Brunei dalam tahun 1975 telah menambah lagi suasana penyiaran di Negara Brunei Darussalam. Buku ini sebagai titik tolak landasan strategi penyiaran dan sumbangan media penyiaran khasnya Radio Brunei dalam menghadapi cabaran pembangunan dan persaingan global. Perlukah anjakkan paradigma disesuaikan mengikut musim serta haluan negara? Buku ini menjelaskan cabaran-cabarran yang dihadapi terutama dalam menyesuaikan dengan selera masyarakat Brunei dengan visi dan matlamat dasar kerajaan.

Perkembangan Penyiaran.jpg (286059 bytes)

 

Kajian Semula Perkembangan Pengurusan Di Radio Televisyen Brunei

 

Buku ini memberi pendekatan kepada kemajuan pengurus, iaitu persoalan apa, bagaimana, siapa, bila untuk berkembang. Setelah mempelajari, apakah yang dibuat oleh pengurus tentang pembelajaran? Selepas penyelidikan meluas dan penyusunan maklumat, maksud saintifik perkembangan pengurusan adalah agak jelas. Empat aktiviti pengurus - penilaian staf, pengurusan staf, pengurusan perubahan, dan keberkesanan perseorangan  -  adalah perlu untuk menghapuskan pekerja yang tidak berfungsi dan tidak terlatih yang menghalang organisasi. Pada pandangan penulis, pembelajaran positif boleh menggalakkan keyakinan.

Kajian Semula Perkembangan Pengurusan.jpg (231790 bytes)

 

Memahami Sajak & Novel

 

Pada bahagian awal, buku ini membicarakan secara terperinci bagaimana memahami sajak dan terdiri  daripada tujuh bab. Memahami sajak ini lengkap dengan pengetahuan dalam usaha memperkenalkan kepada audiens tentang aspek sajak yang perlu difahami sebelum mereka mendekatinya.  Sementara pada bahagian akhir membicarakan bagaimana memahami novel dan terdiri daripada lapan bab dinyatakan keperluan asas untuk seseorang menulis novel. Memahami  novel ini lengkap dengan bahan pengetahuan yang perlu kepada audiens yang berminat untuk mendalami kefahaman tentang semua bentuk novel.

Memahami Sajak dan Novel.jpg (259937 bytes)

 

Antologi Cerpen Air Biru Ombak Biru, Suatu Analisis Gaya Bahasa

Buku ini terdiri daripada enam bab. Bab pertama penulis mengemukakan sinopsis lapan buah cerpen yang dikaji. Di samping itu dibincangkan juga latar belakang kelahiran antologi dan persoalan yang termuat dalam antologi itu. Pada bab-bab berikutnya penulis bukan sahaja menyentuh tentang penggunaan bahasa dan karya sastera tetapi penggunaan bahasa sastera umum dalam buku yang dikajinya. Sesuai dengan kajiannya yang khusus menjurus kepada analisis gaya bahasa penulis telah memberi tumpuan pembicaraan tentang kekerapan penggunaan ayat tunggal dan kekerapan penggunaan ayat majmuk serta mencari purata panjang ayat bagi setiap cerpin. Penulis juga menyentuh daripada segi penggunaan kiasan, metafora, personifikasi dan penggunaan bahasa daerah Brunei. Air Biru.jpg (315226 bytes)

 

Novel Puncak Pertama: Satu Analisis Daripada Konsep Kebahagiaan

Buku ini terdiri daripada lima bab. Bab pengenalan penulis mengemukakan definisi moral, etika dan akhlak menurut pandangan pelbagai tokoh terkemuka. Bab-bab selanjutnya penulis menyentuh konsep kebahagiaan dan betapa mustahaknya kebahagiaan itu dalam kehidupan manusia di samping terdapat pelbagai cara dalam meraih kebahagiaan. Memandangkan buku ini berbentuk analisis daripada konsep kebahagiaan, penulis turut memuatkan pandangan ahli falsafah tentang kebahagiaan dengan memasukkan sekali aliran-aliran tertentu.  Di samping itu dalam kajian ini penulis juga menggunakan sudut pandangan tokoh Barat dan tokoh Islam dan melalui hasil pandangan mereka, penulis cuba membuat kesimpulan tentang persamaan dan perbezaan pendapat mereka. Penulis berpandapat novel Puncak Pertama menepati konsep kebahagiaan dalam diri manusia dan ia adalah cerminan antara sekian banyak jenis kebahagiaan yang terdapat di Brunei. Puncak Pertama.jpg (248563 bytes)

 

 

 

                ||  Pesta Buku Brunei 2001 || Sambutan 40 Tahun DBP  ||                      || Pelancaran Buku Baru DBP ||


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Maklumbalas ||
|| Kalendar Tahunan | Aktiviti ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||