Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan

PENGENALAN


Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan (BPDP) diwujudkan pada 14 Rabiulakhir 1439 bersamaan 1 Januari 2018. Sebelum ini, dinamakan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, dibubarkan pada tahun 2009. Diwujudkan semula dengan menyerapkan Unit Pengiktirafan, bahagian ini berperanan penting dalam sama-sama mendukung, mengangkat dan memperkasa bahasa, sastera dan budaya di negara ini. 

Berfungsi dan bertanggungjawab mengendalikan pelbagai penyelidikan, projek dan kegiatan bahasa, sastera dan budaya selain mengangkat penulis tanah air melalui pengiktirafan dan penganugerahan.

Tiga unit di bahagian ini, iaitu:
  • Unit Penyelidikan
  • Unit Dokumentasi
  • Unit Pengiktirafan
STRUKTUR B7.jpg

 
BPDP diketuai oleh Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pegawai Bahasa Kanan dan mempunyai 17 orang pegawai dan kakitangan, iaitu lapan orang lelaki dan sembilan orang perempuan.


FUNGSI

Unit Penyelidikan

  • Melaksanakan penyelidikan dan penelitian secara komprehensif dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.
  • Menyelenggara penerbitan bahan hasil penyelidikan dan penelitian bersama pakar.
  • Menyelenggara kegiatan-kegiatan berimpak sebagai klimaks daripada kerja penyelidikan dan penerbitan.
  • Mengusahakan penerbitan manuskrip Melayu lama dan diangdangan koleksi jabatan.
  • Menyelenggara penggambaran manuskrip Melayu lama bersama Cawangan Jurugambar, Unit Dokumentasi.


Unit Dokumentasi 

Unit Dokumentasi dibahagikan kepada tiga cawangan, iaitu:

  • Cawangan Jurnal Beriga
  • Cawangan Dokumentasi dan Arkib
  • Cawangan Jurugambar

i. Cawangan Jurnal Beriga

  • Menyelenggara penerbitan Jurnal Beriga dua kali setahun, iaitu keluaran Januari – Jun dan Julai – Disember.
  • Melaksanakan penyelidikan bagi ruangan 'Kearifan Tempatan' dalam Jurnal Beriga untuk pendokumentasian dan pelestarian budaya serta tradisi tempatan. 
  • Urus Setia Peraduan Menulis Rencana Umum Beriga setiap tahun.

ii. Cawangan Dokumentasi dan Arkib

  • Melaksanakan kerja pendokumentasian (perolehan, kumpul, simpan dan pelihara) bahan-bahan arkib sebagai sumber rujukan dan penyebaran maklumat. 
  • Menyediakan Bilik Bacaan dan Rujukan bagi perkhidmatan rujukan dan peminjaman bahan.
  • Menyelenggara proses penukaran format koleksi bahan arkib daripada bentuk asal kepada bentuk digital.

iii. Cawangan Jurugambar

  • Membuat liputan penggambaran dalam bentuk foto pegun (still) dan video kegiatan kendalian jabatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
  • Menyediakan koleksi gambar untuk dijadikan rujukan dan penerbitan.
  • Mengendalikan Peraduan Fotografi Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.


Unit Pengiktirafan

  • Bertindak selaku Urus Setia bagi anugerah-anugerah berikut:
    1. Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A Write Award)
    2. Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI)
    3. Anugerah Wira Bahasa
    4. Duta Bahasa
    5. Anugerah Sasterawan Brunei (ASB)​​​​
  • Menyelenggara penerbitan biografi dan hasil karya tokoh-tokoh khususnya penerima anugerah.
  • Mengungkayahkan Multaqa Sasterawan Brunei, iaitu projek tahunan bahagian sebagai bentuk penghormatan dan penghargaan kepada tokoh-tokoh.