Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2022

lakastah mewarna 1.jpeg​​
Lakastah Mewarna 1

Harga: $2.00
ISBN: 978-99917-69-98-1
Buku Lakastah Mewarna 1 merupakan buku mewarna pertama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei kelolaan Bahagian Penerbitan dan Pemasaran yang memuatkan 21 koleksi ilustrasi eksklusif mercu tanda awam atau tempat-tempat bersejarah di Negara Brunei Darussalam.
Kisah Yatung.jpeg

Kisah Yatung dengan Tujuh Bidadari (Kumpulan Cerita Rakyat Puak Dusun)

Harga: $4.50

ISBN: 978-99917-69-94-3


Kisah Yatug dengan Tujuh Bidadari: Kumpulan Cerita Rakyat Puak Dusun ini mengandungi empat buah cerita rakyat yang popular dalam kalangan masyarakat Dusun. Dengan penggunaan bahasa Melayu yang mudah, ilustrasi yang menarik dan cerita yang dekat dengan lingkungan pembaca, pastinya akan dapat menarik minat adik-adik untuk terus membaca.

1. Injawi, Si Raja Buaya Besar

2. Kisah Yatung dengan Tujuh Bidadari

3. Dang Buncue dan Makhluk Tanee

4. Dang Buncue Dikahwini Awang Bungsuan


Telur penyu ori.jpeg
Telur Penyu

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-88-18-0


Apakah yang berlaku kepada telur-telur penyu tersebut? Berjayakah mereka menyelamatkan telur-telur penyu tersebut? Dapatkanlah senaskhah buku ini untuk mengikuti kisah selanjutnya.
Asak Usul Kampung Bukit Udal.jpeg
Asal Usul Kampung Bukit Udal​

Harga: $4.00

ISBN: 978-99917-88-02-9


Buku ini mengisahkan asal usul Kampung Bukit Udal. Menurut cerita orang tua-tua di kampung itu, nama ini diperoleh sempena sepohon pokok yang dianggap ajaib oleh penduduk kampung ketika itu. Kononnya dengan keajaiban pokok ini kampung tersebut terselamat daripada malapetaka banjir besar yang melanda pada suatu ketika dahulu. Maka orang kampung yang berlindung di atas bukit tempat pokok ini pada masa itu bersetuju menamakan tempat itu sebagai Kampung Bukit Udal.
​​Sahabat Karib Alya.jpeg
Sahabat Karib Alya​

Harga: $4.50​

ISBN: 978-99917-88-27-2


Kadangkala Allah sengaja memberi kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan di sekeliling kita. Allah rindu mendengar kita menangis, mengabdikan diri dan bersujud kepada-Nya.
Lakak-Lakak #3


Harga: $7.00

ISBN: 977-27103-64-02-4


​Kompilasi komik dari pelukis-pelukis tempatan.
Dapur Buhani.jpeg
Dapur Buhani

 

Harga: $15.00

ISBN: 978-99917-88-21-0


Buku ini menghimpunkan masakan masyarakat Melayu Kedayan yang diwarisi sejak zaman buhani lagi dengan menumpukan terhadap cara penyediaan dan kaedah masakan yang masih dikekalkan seperti yang diajarkan secara turun-temurun. 
Modul Pendidikan Islam Edisi 1

 

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-69-8-6


Buku ini dihasilkan berdasarkan Modul Pendidikan Islam Politeknik Brunei bagi memberikan kefahaman tentang agama Islam yang menyeluruh di samping membahasakan isu-isu yang berkaitan dengan bidang yang bakal diceburi pelajar menurut perspektif Islam.
​​Naratologi.jpeg
Naratologi Cerpen-Cerpen Zefri Ariff Brunei

 

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-36-4


Buku ini memfokuskan perbincangan terhadap 14 buah cerpen terawal yang dihasilkan oleh Zefri Ariff Brunei bermula dari cerpen "Ayu" (1985) sehingga cerpen "Satu" (1999). 
Nilai Nilai Budaya.jpeg
Nilai-Nilai Budaya dan Jadi Diri dalam kesusasteraan Melayu Brunei.

 

Harga: $10.00

ISBN: 978-99917-88-11-1


Nilai-Nilai Budaya dan jati diri merupakan elemen penting yang harus dipertahankan. Kesusasteraan Melayu yang merujuk kepada hasil karya penulis-penulis tempatan menjadi medium dalam mengupas dan menyelami elemen-elemen ini.
Dinamik Bahasa Melayu Jilid 1

 

Harga: 9.00

ISBN: 978-99917-88-31-9


Buku ini mengandungi sebanyak 29 esei ilmiah daripada terbitan pertama Jurnal Bahasa tahun 1995 hingga tahun 2021
Terangnya Gelap.jpeg
Terangnya Gelap (Kumpulan Sajak)

 

Harga: $6.00

ISBN: 978-99917-88-06-7


Apa erti terang itu?

Hingga sesukamu memijak tidak bersyukur

Lupa akan ada tuan yang menghuni

Katamu semua kepunyaanku

Kau buat apa yang kau inginkan


Rasional pantang larang.jpeg
Rasional Di Sebalik Pantang Larang

 

Harga: $8.00

ISBN: 978-99917-88-12-8


​Pengalaman pantang larang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu Brunei sejak dahulu kala. Sungguhpun pantang larang hanya diperturunkan secara lisan dari generasi tua terdahulu, namun tidak dapat disangkal terdapat unsur dan nilai yang terkandung di sebaliknya.

Malah turut menggambarkan ketajaman pemikiran masyarakat lampau dalam mencipta pantang larang sebagai bahan didaktik yang disampaikan secara berkias.


Running with the seasons.jpeg
Running with The Seasons

 

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-19-7


The water in the sea is poison, while on land the floods leave behind mud that becomes poison and kills the growing paddy.

Astruggle, and no one can really halt the coming of the seasons. And so, where can lift truly be anchored?


Hikayar Maharaja Rawana B.jpeg
Hikayat Maharaja Rawana (B)

Harga: $7.00

ISBN: 978-99917-88-14-2


Sebuah kisah tentang peperangan dan pengembaraan Maharaja Rawana ke beberapa buah negeri untuk menguji kekuatan dan kesaktiannya.
Satu peperangn telah terjadi antara negeri Biru Hasta Parwa dan negeri Inderapuri akibat dendam Sng Balkis atas kematian ayahnya, Maharaja Dati Kochah.