Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BENGKEL PERKAMUSAN 2021

Bengkel yang diadakan selama sehari ini didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Md. Eddy Effendy@Md. Hardi bin Mahdeli. Bengkel Perkamusan ini memberikan banyak manfaat dan ilmu kepada para peserta. Begitu juga hasil daripada bengkel tersebut yang turut menyumbang ilmu baharu kepada staf yang baru berkecimpung dalam bidang perkamusan dan peristilahan sebagai usaha penyegaran minda. Selain itu, bengkel ini juga turut  menambah ilmu atau kemahiran kepada ahli leksikografi yang berpengalaman, khususnya dari aspek semantik dan pragmatik untuk memperbaiki kelemahan kaedah pendefinisian yang lalu, khususnya Kamus Bahasa Melayu Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara dan kamus istilah.

Attachments
Created at 3/6/2021 4:29 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 3/6/2021 4:36 PM by Masni Binti Moktal