Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
Description
  

Waktu Operasi Kedai Buku.png

  

3346ad40-7f91-4b5d-9f16-82ed9abbb90b.jpeg

  

PBB 2023.jpg

  

60 minit.JPG

  

Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Dudun DBP sempena Sambutan Bulan Bahasa (dalam acara Bandarku Ceria) seperti keterangan berikut:

🗓️ Ahad, 7 Rejab 1444/29 Januari 2023

🏢 Perpustakaan DBP, Bandar Seri Begawan 

🕰️ 8.00 pagi

Marilah beramai-ramai ke sana dan sertai pelbagai aktiviti menarik.
  
​Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Promosi Jualan Buku Hujung Tahun mulai 12 – 24 Disember 2022 bertempat di Kedai Buku DBP, Berakas.

Dapatkan potongan harga buku sehingga 70% sepanjang promosi berlangsung. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian 7293570 atau 2382511 samb. 194/211.
  

​Pesta Buku Brunei 2022 Sempena Bulan Bahasa akan diadakan pada hari Jumaat - Ahad, 22 - 31 Julai 2022 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia PBB2022 di talian 2382511 samb. 201/206/208/211.

  

876439DA-5779-44E1-BD46-C07CB9F4D16B.jpeg

  

91D46F5F-D5EA-4754-A3EE-88C26817A97E.jpeg

Sila imbas kod QR Buletin DBP Januari – Mac 2022

  

9B655DBC-3929-4E23-B357-E53AF382E04E.jpeg

  

ISNIN – KHAMIS & SABTU

8.15 pagi – 12.00 tengah hari (tunai/dalam talian)


12.00 tengah hari – 1.45 tengah hari (dalam talian sahaja)


Sila hubungi talian 7293570 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan mengenai buku terbitan DBP.

  

​Sukacita memaklumkan bahawa Majlis Perasmian Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu akan diadakan pada hari Rabu, 13 Syaaban 1442 bersamaan 16 Mac 2022.

  

​Peringkat Akhir Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, Tahun 2022 akan berlangsung pada hari Sabtu, 9 Syaaban 1443 bersamaan 12 Mac 2022 bertempat di Balai Sarmayuda, DBP Berakas.

  

C2E2B04A-D478-4907-B729-8E409382172D.jpeg

  

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei melalui Bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Kelas Muzik Peringkat Asas bagi pengambilan kedua tahun 2022Terbuka kepada ahli perpustakaan yang berumur 6 hingga 20 tahunTarikh tutup pendaftaran pada 15 Januari 2022, pukul 4.30 petang.

  

​Garis Panduan Fasa Endemik di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka seluruh negara.

GARIS PANDUAN FASA ENDEMIK LIBRARY.pdf

  

D161E752-AEB2-4695-BD3C-42C15FEB5469.jpeg

  

B049BDCC-CA39-4DFA-AD23-8944663FC8A8.png

  

Mulai 20 November 2021, Perpustakaan DBP beroperasi seperti biasa pada setiap hari waktu bekerja, iaitu pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Jumlah pengunjung yang dibenarkan masuk akan dipamerkan di pintu masuk setiap perpustakaan mengikut kapasiti ruang.


  

​Dapatkan buku-buku terbaharu terbitan DBP dengan potongan harga 10% khusus kepada Pemegang Kad Ahli Perpustakaan DBP sahaja.

Imbas kod QR tertera dalam e-poster bagi tatacara e-pembayaran perbankan digital atau WhatsApp ke talian 7293570 untuk keterangan lanjut.

  

Awda berhasrat untuk membeli buku terbitan DBP? Mudah sahaja. Imbas kod QR yang tertera dalam e-poster untuk mengetahui judul dan harga buku atau mesej [WhatsApp] terus ke talian 7293570. 


  
‼️INFO TERKINI‼️

Berdasarkan perkembangan terbaharu sepertimana yang diumumkan dalam Sidang Media Kementerian Kesihatan hari ini, dimaklumkan penganjuran Pesta Buku Brunei 2021 yang dijadual pada 13 - 22 Ogos 2021 adalah dengan ini DITANGGUHKAN.

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi Urus Setia PBB2021 di talian 2382511 samb. 176 / 202 / 206 / 211.


  

Bagi yang ingin mengikuti BENGKEL ADAPTASI NOVEL KE SKRIP DRAMA PENTAS pada 16 - 19 Zulhijah 1442 |  26 - 29 Julai 2021 boleh terus mengisi borang pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang tertera dalam poster atau melalui pautan berikut:


https://forms.gle/GcD3XbLqnyPsewZz6

Pendaftaran terhad kepada 30 Peserta.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Urus Setia Bengkel melalui talian 2382511 samb. 197 / 193 / 177


  

​Sukacita mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam Peraduan Menulis Buku Bergambar sempena Bulan Bahasa 2021. Syarat dan borang penyertaan boleh diperoleh melalui imbasan kod QR atau klik pautan https://l.ead.me/bcDeT5


Borang dan karya hendaklah dihantar kepada:
📬 Urus Setia Peraduan Menulis Buku Bergambar
Tingkat 1, Bahagian Perancangan Buku, 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

Tarikh Tutup Penyertaan:
🗓 Selasa, 25 Rabiulakhir 1443 | 30 November 2021 
⏰ 4.00 petang

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urus setia peraduan:
📞 2382511 samb. 179 atau 183


  

​Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Sambutan Bulan Bahasa 2021 pada hari Isnin, 24 Zulkaedah 1442 bersamaan 5 Julai 2021 bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan BAZAR BUKU 2021 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37, Tahun 2021. Orang ramai dialu-alukan hadir bagi sama-sama mendukung dan memeriahkan kegiatan sepanjang Festival Hari Kebangsaan 2021.

  

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Perpustakaan sedang menganjurkan Pertandingan Mereka Bentuk Poster yang bertemakan Temburong Permata Hijau.

Pertandingan ini dibukakan kanak-kanak yang berumur di antara 8-12 tahun, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 7 Mac 2021 melalui e-mel ke alamat perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi ditalian 5221281/2235501 sambungan 504 atau melalui hotline +673 8266880.


  

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Perpustakaan sedang menganjurkan Pertandingan Foto Membaca Di Rumah. Pertandingan ini dibukakan kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berumur 12 hingga 20 tahun. Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 7 Mac 2021. melalui e-mel ke alamat perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang qrgo.page.link/qdNsM atau dengan menghubungi ditalian 2235501 sambungan 504 atau melalui hotline +673 8266880. Dewan Bahasa dan Pustaka Bahagian Perpustakaan Laman Sesawang: www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp Instagram: @dbplibrarybsb Telefon: +673 2235501

  

​Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Pantaran Sastera DBP : Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37, Tahun 2021. 

Tarikh Tutup penyertaan pada hari Rabu, 5 Rejab 1442 / 17 Februari 2021. Sebarang maklumat maklumat dan bagi yang ingin menyertai bolehlah mengimbas QR Kod yang tertera dalam poster tersebut. 


  

TARIKH TUTUP Peraduan Penulisan Esei Ilmiah Pangsura 2020 DILANJUTKAN hingga hari Sabtu, 27 Februari 2021, pukul 4.00 petang.

1 - 30Next