Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
Peluang Terbitkan Karya Sastera Kreatif 'Biskita'

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ihsan Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Ogos. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, merancang untuk menghasilkan lebih banyak buku berbentuk karya kreatif sama ada karya perseorangan atau secara berkumpulan.

Sasaran utama DBP untuk menerbitkan buku karya kreatif adalah untuk menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu, kerana penerbitan ini sejajar dengan salah satu dasar Penubuhan DBP, iaitu menerbitkan buku-buku yang berkenaan untuk membentuk istilah dan seumpamanya bagi menunjang juga memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan.

Karya-karya kreatif, yang terdiri daripada karya-karya sastera, berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, di mana hasil penulisan karya berkualiti boleh memberikan lebih keuntungan.

Dalam pada itu juga, karya-karya kreatif yang terkenal telah membawa keuntungan yang besar kepada sesebuah penerbitan dan juga penulis-penulisnya.

Sementara itu, karya kreatif ini boleh mengangkat pembangunan negara dan mampu berdaya saing juga lebih menguntungkan, di mana penulis-penulis juga akan dikenali ramai dan ia lebih banyak menerima banyak permintaan dari luar negara.

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan karya kreatif masing-masing, bolehlah melayari Laman Sesawang DBP, di 'www.dbp.gov.bn' atau layari Instagram rasmi - '@dbpbrunei' /'@bukudbpbrunei' atau hubungi talian +673 2382511.

DBP melalui Bahagian Perancangan Buku mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat untuk menerbitkan karya sastera kreatif menjadi buku.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/25/2021 12:46 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 8/25/2021 12:46 PM by Nisbah Binti Hj Merusin